-->

Pelakon lisdawati pertahan suami

Pelakon lisdawati pertahan suami-“ITU semua gosip. Malah saya sendiri sudah lali dengan gosip sebegini,” ujar Lisdawati berhubung dakwaan kisah skandal yang tersebar antara suaminya, Fauzi Nawawi dan bintang realiti Noni AF5.  

Lisdawati Fauzi Nawawi 

 Hakikatnya, bukan sekali Fauzi dikaitkan dengan skandal bersama wanita lain kerana selain aktres seksi, Zarina Anjoulie Lavocah, pelakon 'Orang Minyak' ini pernah mengejutkan dunia siber setelah hubungannya bersama seorang wanita tersebar menerusi sebuah blog hiburan.   
Bagaimanapun sebagai isteri, Lisdawati, tidak mudah melatah. Masih meletakan kepercayaan tinggi terhadap suaminya itu, pelakon KL Menjerit ini menganggap ianya sebahagian dari lumrah bergelar selebriti. Malah tetap  mempercayai Fauzi.

“Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan  pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah.

“Bagi saya, selagi tahu membawa diri ketika bergaul, tiada masalah yang akan berlaku.

“Lagipun, isu terkait ini bergantung kepada dua-dua pihak. Jika hanya sebelah pihak, perkara seperti ini tidak akan timbul,” katanya.

Memandang perkara itu secara positif, pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin ini, mengakui suaminya itu memang pernah bekerjasama dengan Noni dan dia menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja.

“Saya tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh timbul.

“Mungkin kemesraan mereka itu disalah anggap oleh orang sekeliling,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, menafikan hubungan yang terjalin antara dia dan Fauzi.

Menurut Noni, dia mula mengenali aktor itu secara rapat setelah diajak menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia dan hubungan mereka tidak lebih dari rakan kerja.


Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit




NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar