Ikan terpantas didunia.
Ikan merupakan haiwan verterbrata yang paling banyak taburannya. Ia merangkumi 27, 000 spesies di seluruh dunia. Ikan wujud dalam pelbagai saiz, berat, warna, bentuk fizikal dan habitat. Begitu juga berbeza dari segi pergerakan dan kelajuannya berenang. Di sini kami senaraikan lima jenis ikan terpantas di dunia. Sekiranya anda berhasrat mengumpannya, anda tahu 'gear' apa yang perlu dipakai untuk seiring kepantasan mereka.
Sailfish ( 112Km/H, 70 MPH)
Sailfish merupakan ikan terpantas di dunia dengan kelajuan mencecah 112km/h. Ikan ini sangat terkenal untuk pemancing sukan kerana mempunyai daya lompatan dan larian yang luar biasa. Sirip dorsal seakan layar itu biasanya tertutup atau terlipat ketika berenang namun akan naik dan menjadi kembang jika ianya berasa terancam atau ketika agresif. Itu menyebabkan saiz ia lebih besar daripada biasa.
Tarpon ( 56 KM/H, 35 MPH)
Tarpon merupakan ikan pemangsa yang rakus terhadap ikan dan kerang-kerangan disekitar perairan berpulau dan dapat dilihat berenang di permukaan dan melompat keluar permukaan laut. Larva ikan ini biasanya membesar di kawasan muara atau pantai berpaya. Tarpon berupaya untuk bernafas di permukaan kerana mempunyai pundi udara yang bersambung terus dengan esophagus menyebabkannya mendapat oksigen daripada aliran darah.
Four- Winged Flying Fish ( 56 KM/H, 35 MPH)
Ciri-ciri utama yang paling menonjol bagi ikan ini ialah sirip pektoral yang besar dan hebat seakan sayap yang membolehkan ikan ini dengan mudah meluncur di udara, di atas permukaan air untuk melarikan diri daripada pemangsanya. Luncuran biasa ikan ini mampu meningkatkan jarak dengan bantuan arus dan ombak. Ia mampu meluncur sejauh 400 meter!
Marlin ( 80KM/H, 50 MPH)
Marlin merupakan ikan sukan yang sangat popular di kawasan tropika. Ramai pemancing suka berimpian untuk mendaratkan ikan yang pantas ini. Marlin amat jarang untuk dijadikan hidangan di meja makan. Oleh itu, biasanya pemancing akan melepaskan kembali apabila mereka menewaskannya
Great Blue Shark ( 69 KM/H, 43 MPH)
Jerung merupakan mamalia, namun oleh kerana ia berenang di lautan maka mamalia ini dimasukkan dalam senarai ini. Sirip pektoralnya panjang dan tirus manakala sirip lain pendek dan tajam. Ekornya dibentuk oleh dua lobus atau cuping yang mana bahagian atas empat kali lebih panjang berbanding bawah.

Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
sumber-umpan