Lipas kalau kita sembur dengan air biasa, selamba sahaja dia lari. Siap boleh sambung jalan macam tak ada apa-apa berlaku.
Tapi cuba titiskan sedikit air sabun pada badannya. Kadang-kadang dalam beberapa saat sahaja, lipas dah mula menggelupur, terbalik dan tidak bergerak.
Kenapa ya?
Apa yang hebat sangat tentang air sabun?
Sebenarnya, lipas tidak bernafas melalui hidung seperti manusia.
Lipas bernafas melalui lubang-lubang kecil pada sisi badannya yang dipanggil spirakel.
Badan lipas pula mempunyai lapisan berlilin yang membantu menolak air. Sebab itulah apabila terkena air biasa, air tidak mudah membasahi seluruh permukaan badannya.
.
Tetapi apabila kita campurkan sabun, keadaan berubah.
Sabun mengurangkan tegangan permukaan air. Air sabun lebih mudah merebak pada badan lipas, termasuk kawasan lubang pernafasannya.
Apabila air sabun memasuki atau menyekat saluran pernafasan, pertukaran oksigen boleh terganggu.
Pada masa yang sama, sabun juga boleh merosakkan lapisan berlilin yang melindungi badan lipas daripada kehilangan air.
Gabungan kesan ini boleh menyebabkan lipas menjadi lemah dan akhirnya mati.
Cuma, lipas yang terbalik dalam dua saat itu belum tentu sudah mati. Ada yang sekadar lumpuh sementara dan masih boleh pulih.
Menarik, kan?
Air biasa mungkin hanya membuatkan lipas basah. Tetapi apabila ditambah sabun, sifat air berubah dan kesannya terhadap badan lipas juga berbeza.
Sebab itulah kadangkala kita tak perlukan bahan yang terlalu kompleks untuk melihat bagaimana prinsip sains berfungsi dalam kehidupan seharian.
#PublicHealthMalaysia #FaktaSains #KawalanLipas
Sumber public health malaysia