-->

Tips buat ayam goreng rangup dan juicy

Tips buat ayam goreng rangup dan juicy


𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗔𝘆𝗮𝗺 𝗚𝗼𝗿𝗲𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗻𝗴𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗶𝗰𝘆

1. Rahsia Tepung: Bukan Tepung Gandum Je
Kalau guna tepung gandum semata-mata, ayam cepat jadi lembik bila dah sejuk.
Cuba campurkan tepung gandum dengan sedikit tepung beras atau tepung jagung. Nisbah dia lebih kurang 2 cawan tepung gandum : 1/2 cawan tepung beras.
Kenapa? Tepung beras buat dia rangup keras (crunchy), tepung jagung buat dia rangup ringan (crispy).

2. Jangan Lupa Baking Powder
Ini sejata rahsia ramai orang tak tahu.
Masukkan hujung sudu kecil baking powder atau soda bikarbonat dalam adunan tepung korang.
Benda ni akan buat kulit ayam tu ada gelembung-gelembung udara kecil bila goreng, jadi dia ekstra rangup!

3. Teknik "Double Coating" (Dua Kali Salut)
Nak kulit tebal dan kerinting macam ayam goreng restoran makanan segera?
Salut Kering - Golek ayam dalam tepung.
Celup Basah - Celup sekejap dalam air sejuk (air ais) atau telur.
Salut Kering Lagi - Golek balik dalam tepung sambil ramas-ramas sikit ayam tu sampai nampak berkerutu. Baru goreng!

4. Minyak Kena "Deep Fry" & Betul-Betul Panas
Jangan kedekut minyak ya. Ayam kena tenggelam.
Suhu - Pastikan minyak dah betul-betul panas baru masukkan ayam. Kalau minyak tak cukup panas, ayam akan serap minyak (jadi berminyak dan muak).
Api - Guna api sederhana besar. Kalau api kuat sangat, luar hangus tapi dalam mentah.

5. Jangan "Gelojoh" Masuk Banyak Sangat
Faham, perut dah lapar. Tapi kalau sumbat kuali penuh dengan ayam serentak;
Suhu minyak akan jatuh mendadak. Ayam jadi tak rangup dan soggy.
Goreng sikit-sikit (batch by batch) supaya ayam ada ruang untuk "bernafas".

6. Toskan Guna Rak Besi, Bukan Tisu!
Lepas angkat ayam, letak atas rak besi (wire rack) atau penapis.
Kalau letak atas tisu dapur atau dalam pinggan terus, wap panas yang keluar dari ayam akan terperangkap kat bawah. Akibatnya? Bahagian bawah ayam jadi lembik balik sebab kena wap sendiri.
Selamat mencuba 🙂

resepi bonda

-----------------------------


Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Original

Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Original

Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Original
Dapatkan tepung ayam goreng beli disini 
👇









NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar