-->

Tiga jenis teman rapat

Tiga jenis teman rapat

Tiga Jenis Teman Rapat
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ عَبْدٍ وَلَا أَمَةٍ إِلَّا وَلَهُ ثَلَاثَةُ أَخِلَّاءَ: فَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ، فَخُذْ مَا شِئْتَ، وَدَعْ مَا شِئْتَ؛ فَذَلِكَ مَالُهُ. وَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ، فَإِذَا أَتَيْتَ بَابَ الْمَلِكِ تَرَكْتُكَ؛ فَذَلِكَ خَدَمُهُ وَأَهْلُهُ. وَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ حَيْثُ دَخَلْتَ، وَحَيْثُ خَرَجْتَ؛ فَذَلِكَ عَمَلُهُ
Daripada Nukman bin Basyir RA dari Nabi SAW bersabda: Tiada seorang hamba lelaki atau perempuan pun melainkan dia mempunyai tiga orang teman rapat. Salah seorang daripadanya berkata: 'Aku bersama kamu, ambillah apa yang kamu mahu dan tinggalkan apa yang kamu mahu'; itulah hartanya. Teman yang kedua berkata: 'Aku bersama kamu, tetapi apabila kamu sampai di pintu raja (kematian), aku akan meninggalkan kamu'; itulah keluarga dan pembantunya. Dan teman yang ketiga berkata: 'Aku bersama kamu ke mana sahaja kamu masuk dan ke mana sahaja kamu keluar'; itulah amalannya." (HR At-Tobrani (119/21) (142) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Tiga jenis teman rapat (khilal) yang setiap kita miliki dalam hidup ini iaitu harta, keluarga, dan amalan: a. Pertama harta iaitu sesuatu yang kita usaha dan kumpulkan sepanjang hidup. Harta ini boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan, tetapi pada akhirnya akan ditinggalkan apabila mati dan tidak boleh dibawa ke alam kubur atau akhirat. b. Kedua keluarga, sahabat, pekerja, dan orang sekeliling akan berada bersama seseorang semasa hidup. Namun apabila mati, mereka hanya mengiringi jenazah kita ke kubur, tetapi tidak akan ikut masuk ke dalamnya. c. Ketiga amalan, inilah satu-satunya teman sejati yang akan mengikuti seseorang hingga ke alam barzakh dan akhirat. Segala amalan baik atau buruk akan menjadi peneman yang setia, bahkan akan menentukan nasib kita di alam akhirat.
2. Harta hanyalah alat. Harta hanya memberi manfaat jika digunakan ke jalan yang betul, seperti disedekahkan atau digunakan untuk kebaikan. Harta yang disimpan atau dibazirkan tidak akan memberi manfaat selepas kematian.
3. Kasih sayang keluarga dan sahabat hanyalah sementara. Mereka boleh menemani kita ketika hidup dan mengurus jenazah kita, tetapi mereka tidak mampu masuk bersama kita ke alam kubur.
4. Harta dan keluarga serta teman sekeliling hanyalah bersifat sementara. Yang kekal menemani kita hanyalah amal. Persiapkan diri untuk kehidupan selepas mati dengan menyediakan bekalan amal soleh sebanyak mungkin untuk akhirat.
5. Jadikanlah harta dan keluarga serta sahabat handai sebagai jalan untuk menambah pahala, seperti bersedekah, berbuat baik dan menjaga silaturahim dan ukhuwah sesama kita.
6. Jangan terlalu bergantung pada harta dan manusia. Harta dan manusia boleh membantu kita di dunia, tetapi di akhirat belum pasti. Justeru jangan terlalu bergantung atau taksub kepada mereka sehingga melalaikan tanggungjawab terhadap Allah.
Sumber : Pertubuhan ikram
#hadis #teman

Visit: Wansite

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar