Polis bantuan guna kucing di singapura
Kalau biasa dengar unit K-9 polis dengan anjing, kini di Singapura muncul pula Unit F-9 — pasukan polis bantuan dengan kucing sebagai ‘pegawai’.
Polis Bantuan Aetos Holdings memperkenalkan unit unik ini dengan seekor kucing bernama Gargar, lengkap dengan latihan khas, kemahiran melompat luar biasa serta deria bau yang dikatakan sangat sensitif.
Menurut perkongsian Aetos, kucing F-9 ini dilatih untuk meronda, menghidu dan mencegah ancaman, malah ada yang mendakwa kucing mampu membezakan bau dengan lebih halus berbanding anjing.
Walaupun aksi Gargar ketika sesi fotografi rasmi mencuri tumpuan dengan gaya ‘tak peduli’, kehadiran unit ini tetap mencetuskan perbincangan hangat dan senyuman ramai.
Pada anda, kucing sesuai tak jadi pegawai keselamatan?
Sumber : kiniviral
Visit: Wansite

