Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru rakyat Malaysia agar menunjukkan penghargaan dan menghulurkan bantuan kepada Aceh dan wilayah Sumatera susulan bencana besar yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa.
Menurut beliau, Malaysia selama ini terselamat daripada ribut taufan dan bencana besar kerana Aceh–Sumatera bertindak sebagai “benteng semula jadi” yang melemahkan ancaman sebelum sampai ke Semenanjung.
Dr. Mahathir turut mengimbau tragedi tsunami 2004, di mana Aceh musnah teruk tetapi Malaysia kekal selamat, sekali gus membuktikan peranan besar wilayah itu melindungi negara ini. Justeru, katanya, sudah tiba masanya Malaysia membalas budi dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan kerana ramai mangsa kini kehilangan rumah, makanan dan tempat berlindung.
Setuju tak Aceh ibarat benteng yang menyelamatkan Malaysia?
Sumber : kiniviral

