-->

Manfaat daun cekur manis ramai tak tahu

𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐜𝐞𝐤𝐮𝐫 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐡𝐮 yang mana herba ini banyak kegunaan untuk rawatan tertentu antaranya,

Manfaat daun cekur manis ramai tak tahu


**Cekur manis haruslah DIMASAK terlebih dahulu.
Kesan sampingan atau toksik turut dilaporkan sekiranya daun cekur manis ini dimakan mentah atau dimakan pada kadar yang banyak.Maksimum 300mg sehari.


khasiat cekur manis antaranya,

1. Tinggi Vitamin C, A dan E

100 gram daun cekur manis mengandungi 136 mg vitamin C manakala 100 gram buah oren mandarin mempunyai 28 mg vitamin C.

vitamin A dalam bentuk beta-karotena.

vitamin E yang sebanyak 15.6-17.6 mg/100g.


2.Antiradang

keradangan ini akan membawa pelbagai masalah lain termasuklah sakit sendi, diabetes, penyakit jantung dan lain-lain.

Khasiat ini dapat dibuktikan dalam satu kajian terhadap haiwan. Ekstrak daun cekur manis didapati boleh mengurangkan bengkak atau sembab yang terbentuk akibat keradangan.

Ekstrak daun cekur manis ini didapati hampir sama dengan ubat antiradang bukan steroid iaitu diclofenac.


3.Antioksidan

Antioksidan ialah sebatian yang boleh melindungi sel-sel sihat dalam badan daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

Tekanan oksidatif banyak dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, kanser atau Alzheimer.

Antioksidan dalam bentuk flavonoid, polifenol, klorofil dan coenzyme Q10 (CoQ10).

Kajian-kajian turut melaporkan bahawa mereka yang mempunyai paras CoQ10 dalam badan yang rendah lebih berisiko untuk menghidap kanser. 


4.Mengurangkan Berat Badan

Cekur manis mengandungi sebatian yang dikenali sebagai 3-O-β-D-glucosyl-(1-6)-β-D-glucosyl-kaempferol (GGK) yang boleh bertindak sebagai agen antiobesiti.

5.Membantu Meningkatkan Susu Badan

Satu kajian yang dijalankan terhadap ibu menyusu mendapati ekstrak daun cekur manis boleh meningkatkan penghasilan susu ibu sebanyak 50% berbanding plasebo.

6.Melawan Jangkitan Bakteria dan Kulat

Satu kajian makmal mendapati ekstrak metanol dan etanol cekur manis adalah berkesan dalam mencegah bakteria-bakteria daripada jenis Klebsiella pneumoniae, Bacillus cereus, Proteus vulgaris, Pseudomonas aeruginosa, Escherichia coli dan Staphylococcus aureus.

Bakteria ini menyebabkan keracunan makanan, radang paru-paru, jangkitan darah, jangkitan salur kencing dan jangkitan saluran pernafasan.

Antikulat terhadap kulat jenis Aspergillus flavus dan Candida albicans. 

Aspergillus flavus adalah kulat yang boleh menghasilkan mikotoksin yang boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru kepada manusia. Candida albicans pula adalah kulat yang selalu menyebabkan jangkitan di mulut dan faraj wanita.

7.Menjadi Agen Pemutihan Kulit

Khasiat ini berdasarkan kajian awal yang mendapati sebatian flavonoid termasuklah GGK dalam cekur manis boleh mencegah penghasilan melanin secara sederhana dengan ketoksikan yang rendah. Melanin ialah pigmen yang menentukan warna kulit. 

kajian ini masih diperingkat tabung uji dan memerlukan kajian lanjutan untuk mengesahkannya.

8.Merendahkan Paras Gula Darah

Masyarakat di India menggunakan daun cekur manis untuk mencegah dan merawat penyakit kencing manis atau diabetes.

Kajian terhadap haiwan mendapati haiwan yang dirawat dengan klorofil daripada daun cekur manis menunjukkan kesan penurunan gula darah yang ketara.

Ekstrak daun cekur manis pada dos 250mg/kg dan 500mg/kg boleh mengurangkan gula darah puasa, pemperoksidaan lipid (lemak) dan meningkatkan enzim-enzim antioksidan.


9.Merawat Ulser Peptik

Ulser peptik adalah luka terbuka yang berkembang pada lapisan dalam perut dan bahagian atas usus kecil anda. Ulser peptik ini selalunya menyebabkan gejala seperti sakit perut.

Khasiat cekur manis ini dibuktikan dalam satu kajian terhadap haiwan. Kajian ini mendapati ekstrak daun cekur manis boleh menjadi terapi alternatif untuk merawat ulser peptik dan mengurangkan keradangan. 

10.Mencegah Kanser

Satu kajian makmal yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Putra Malaysia mendapati ekstrak pucuk cekur manis boleh merencatkan pembiakan sel-sel kanser payudara. 

Walau bagaimanapun, kajian-kajian lanjutan masih diperlukan untuk membuktikan kesan antikanser daun cekur manis.

11.Merawat Keguguran Rambut atau Botak

Daun cekur manis dicampurkan dengan susu, kemudiannya ditumbuk untuk dijadikan poultis. Poultis ini seterusnya disapu dikulit kepala. 

kajian moden yang mendapati daun cekur manis mengandungi sebatian yang boleh mencegah botak.


Kesan Sampingan atau Ketoksikan

Pemakanan daun cekur manis yang banyak dan tidak dimasak mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan atau ketoksikan.

Pada tahun 1995, terdapat laporan yang melaporkan wabak yang melibatkan cekur manis dan penyakit paru-paru obstruktif yang dikenali sebagai “bronchiolitis obliterans“. Seramai 278 pesakit didiagnosis dengan penyakit ini akibat pengambilan daun cekur manis yang tidak dimasak. 

Seramai 9 orang pesakit meningal dunia dan pemindahan paru-paru adalah satu-satunya rawatan untuk masalah ini.

Hal ini disebabkan oleh daun cekur manis mengandungi papaverine iaitu komponen toksik utamanya. Pengambilan papaverine ini perlu dihadkan kepada 300mg sehari dan pengambilan berlebihan daripada dos ini boleh mendatangkan kesan advers seperti:

Ruam kulit
Sakit perut
Sakit kepala
Pening
Ketoksikan hati
Denyutan jantung yang terlalu laju

Justeru itu, cekur manis haruslah dimasak terlebih dahulu dan diambil kadar yang berpatutan serta tidak berlebihan.


Pokok cekur manis

Dapatkan anak pokok cekur manis di Shopee 👉Klik Sini 


#khasiatherba

Rujukan :
  1. Platel, K., & Srinivasan, K. (2017). Nutritional Profile of Chekurmanis (Sauropus androgynus), A Less Explored Green Leafy VegetableThe Indian Journal Of Nutrition And Dietetics.
  2. Kumar,P.R. & George, P. (2016). Activity of Sauropus androgynus L. leaf extract against inflammation and its immunomodulatory effect in Swiss albino mice. International Journal of Advanced Biotechnology and Research.
  3. Cooney, R. V. et al.(2011). Low plasma coenzyme Q(10) levels and breast cancer risk in Chinese womenCancer epidemiology, biomarkers & prevention.
  4. Chai, W. et al. (2011). Plasma coenzyme Q10 levels and prostate cancer risk: the multiethnic cohort studyCancer epidemiology, biomarkers & prevention.
  5. Shidal, C. et al. (2021). Prospective study of plasma levels of coenzyme Q10 and lung cancer risk in a low-income population in the Southeastern United StatesCancer medicine.
  6. Yu, S.F. et al. (2006). 3-O-β-D-Glucosyl-(1→6)-β-D-glucosyl-kaempferol Isolated from Sauropus androgenus Reduces Body Weight Gain in Wistar RatsBiological and Pharmaceutical Bulletin.
  7. Sa’roni, S. et al. (2012). EFFECTIVENESS OF THE SAUROPUS ANDROGYNUS (L.) MERR LEAF EXTRACT IN INCREASING MOTHER’S BREAST MILK PRODUCTION. Media Penelitian Dan Pengembangan Kesehatan
  8. Gayathramma, K. et al. (2012). Chemical constituents and antimicrobial activities of certain plant parts of Sauropus androgynus L.International Journal of Pharma and Bio Sciences.
  9. Selvi, V.S. et al. (2011). Antifungal Activity and Phytochemical Analysis of Cympogon citratus, Sauropus androgynus and Spillanthes achmella Plants. World Journal of Fungal dan Plant Biology.
  10. Zhang, J. et al. (2018). Melanogenesis-Inhibitory and Cytotoxic Activities of Chemical Constituents from the Leaves of Sauropus androgynus L. Merr. (Euphorbiaceae)Chemistry & biodiversity.
  11. Suparmi S. et al. (2021). Hypoglycemic and Antianemia Effects of Chlorophyll from Sauropus androgynus (L) Merr Leaves in RatsPharmacognosy Journal.
  12. Kumar, P. R. & George, P. (2015). Antidiabetic Effect of Sauropus androgynus L. Leaves in Alloxan Induced Diabetic MiceJournal of Pure and Applied Microbiology.
  13. A Roosdiana et al. (2018). The Potency of Ethanolic Extract of Sauropus androgynus (L.) Merr Leaves as Therapeutic herbal of Rats (Rattus norvegicus) Peptic Ulcer Model Induced by AspirinIOP Conf. Ser.: Mater. Sci. Eng.
  14. Rahmat, A. et al. (2004). Determination of total antioxidant activity in three types of local vegetables shoots and the cytotoxic effect of their ethanolic extracts against different cancer cell linesAsia Pacific journal of clinical nutrition,.
  15. Ong, H.C. et al. (2011). Traditional Knowledge of Medicinal Plants among the Malay Villagers in Kampung Mak Kemas, Terengganu, Malaysia. Studies on Ethno-Medicine.
  16. Praceka, M. S, et al. (2020). Journal of Global Pharma Technology Molecular Modeling of Anti-Alopecia Compounds Found in Sauropus Androgynus.
  17. Bunawan,H. et al. (2015). “Sauropus androgynus (L.) Merr. Induced Bronchiolitis Obliterans: From Botanical Studies to Toxicology“, Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine.
Kredit : helomedik 
Visit: Wansite

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar