Pokok pisang kapas penjagaannya cukup mudah dan tahan dari penyakit.Jom kita tanam pokok pisang kapas
Pokok pisang kapas mudah ditanam walaupun di kawasan yang terlindung/naung. Ia boleh kekal hidup berpuluh-puluh tahun sekiranya dijaga dengan baik.
Buah boleh dimakan sebagai pencuci mulut apabila masak
Buah muda : (isi dan kulitnya) boleh dijadikan sayuran masak lemak dicampur dengan ikan kering.
Buah masak : dijadikan cekodok (jemput-jemput pisang), lempeng pisang, apam pisang atau kek pisang. Buah pisang kapas tidak sesuai digoreng.
Daun : digunakan untuk membalut makanan seperti tempe dan nasi lemak dan boleh juga digunakan untuk membalut ikan bakar
Jantung pisang : boleh dibuat sayuran.seperti celur
Pisang yang kurang subur hanya ada lima sisir sahaja.
Pokok yang subur boleh menghasilkan hingga 12 sisir pisang.
Buah pisang kapas yang matang perlu dituai sebelum masak.
Sekiranya masak di pokok kulit buah pisang akan pecah.
Tidak rugi menanam pisang kapas. Tidak perlu penjagaan rapi dan boleh memberikan hasil sepanjang masa.
#infopertanian #azwanrani
Visit: Wansite
Kredit : warisanpetani👇







