𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐫𝐞𝐛𝐮𝐬 𝐤𝐚𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐣𝐚𝐮 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐞𝐦𝐩𝐮𝐤
1. Panaskan kuali dan goreng kacang hijau tanpa menggunakan minyak. Goreng sehingga kacang sedikit garing dan terbit bau wangi. Langkah ini membantu memecahkan lapisan keras pada kulit kacang.
2. Selepas digoreng, rendam kacang hijau dalam air selama kira-kira 2 jam. Proses rendaman ini akan membuatkan kacang cepat kembang dan seterusnya lebih cepat lembut ketika direbus.
Dengan petua ini, anda tidak perlu lagi merebus kacang hijau terlalu lama. Bubur kacang hijau pun cepat siap, lembut elok dan sedap dimakan. Selamat mencuba!
Sumber: Nadia Seri Dewi & Keluarga

