𝐂𝐀𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀
Visit: Wansite
Tingkat pengudaraan dan saliran dalam tanah jadi oksigen mudah sampai ke akar tanaman.
Mengelakkan masalah tanah bertakung yang boleh menyebabkan akar tanaman menjadi busuk dan pertumbuhan terganggu.
Cacing tanah memakan sisa tumbuhan yang mereput seperti daun kering dan bahan organik lain yang terdapat di dalam tanah.
Hasil daripada proses pencernaan ini, cacing tanah menghasilkan sisa buangan yang dikenali sebagai ‘coran cacing’.
Coran ini mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang sangat diperlukan oleh tanaman.
Dengan adanya nutrien ini, pertumbuhan tanaman menjadi lebih subur tanpa perlu terlalu bergantung kepada baja kimia.
Cacing tanah membantu memperbaiki struktur tanah.
Tanah yang digemburkan oleh cacing tanah menjadi lebih longgar dan berongga, membolehkan akar tanaman berkembang dengan lebih baik.
Struktur tanah yang baik juga memastikan air dapat meresap dengan lebih efisien ke dalam tanah, sekali gus mengurangkan risiko hakisan dan aliran air berlebihan.
Ini menjadikan tanah lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman dalam jangka masa panjang.
Cacing tanah memberi manfaat kepada mikroorganisme yang hidup dalam tanah.
Coran cacing kaya dengan mikroorganisme yang bermanfaat, yang berperanan dalam menguraikan bahan organik serta memperkayakan kandungan nitrogen dalam tanah.
Mikroorganisme membantu dalam menghalang penyakit tanaman, menjadikan tanah lebih sihat dan tanaman lebih tahan terhadap ancaman perosak serta penyakit.
Keperluan untuk menggunakan baja kimia juga dapat dikurangkan, menjimatkan kos dan menjadikan pertanian lebih mesra alam.
Tanah yang sihat juga mampu mengekalkan kelembapan lebih lama, sekali gus mengurangkan keperluan untuk menyiram tanaman dengan kerap.
Cacing tanah adalah sahabat terbaik bagi pengusaha tanaman.
Dengan memahami peranan dan kepentingan cacing tanah dalam ekosistem pertanian, kita boleh memanfaatkan kelebihan semula jadi ini untuk meningkatkan hasil tanaman secara lebih mampan dan lestari.
Gambar : Ilustrasi Ai
Visit: Wansite
Sumber : Jabatan pertanian