-->

Bagaimana cara untuk hilangkan bau mulut

Bagaimana cara untuk hilangkan bau mulut-bau mulut yang kurang enak sebenarnya seseorang boleh hilang penampilan diri.Jom baca tips untuk hilangkan bau mulut.

Bagaimana cara untuk hilangkan bau mulut


1. Menghisap Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.

Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika anda menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.



2. Bunga Lawang



Bunga lawang bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.

Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh antum gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.



3. Sirih


- Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka gunakanlah untuk atasi bau mulut.
- Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.

- Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Antum amalkan setiap hari.



4. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi


Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian antum jerangkan sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.



5. Daun Jambu Batu 


Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.



6. Cengkih Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.



7. Asam Jawa Dan Gula Merah



Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Antum bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan antum.



8. Gorengan Hampas Kelapa


Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian antum ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.

Di samping itu, amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.



9. Meminum Teh Hijau Dan Daun Pudina


Cara lain yang mungkin boleh anda lakukan secara amalan tradisi, dengan minum air teh hijau atau minum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.

 Kenapa lelaki digalak makan tembikal

------------------

BACA JUGA : Cara Paling Cepat nak Kurus...
Berkesan Buang Lemak Degil & Berat Badan Turun cepat
Berkesan Sepantas 7 Hari sesuai untuk wanita & Lelaki

KETAHUI LEBIH LANJUT KLIK >> SINI <<

------------------




Artikel
Terkini
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (123) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar