Apa kesan pada anda bila minum air kelapa 7 hari-anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat
 yang yang terdapatdidalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa 
selama 7 hari berturut-turut?
Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan 
dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.
Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia 
mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air
 kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika
 dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.
Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh 
menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa 
airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan
 lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.
Apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari?
Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan 
sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan 
jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang 
menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.
Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon 
tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat 
membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan 
membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. 
Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.
Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.
Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah 
banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas 
meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu 
penurunan berat badan.
Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit 
jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa 
akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.
Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.
Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi 
beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan 
air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan 
terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah 
tinggi.
Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah
 satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga 
dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga 
anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada 
setiap bahagian tubuh anda yang letih.
Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan 
tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan 
jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

