-->

Bagaimana buat duit dengan advertorial.my

Bagaimana Nak Buat Duit dengan  advertorial.MY ??

Bagaimana buat duit dengan advertorial.my
 
Melalui laman advertorial.MY anda boleh buat duit dengan mengiklankan blog anda di sini dan tawarkan khidmat advertorial kepada pengiklan yang berminat.
Setiap advertorial anda boleh kenakan harga bergantung kepada permintaan pengiklan. Kebiasaan advertorial di letakan harga mengikut jumlah patah perkataan dan populariti blog. Harga terpulang untuk anda tentukan sendiri sebab ia khidmat anda, blog anda dan anda punya suka apa harga yang hendak di kenakan kepada pengiklan.

Berapa Banyak Pendapatan Sebulan?

Tiada jumlah sebenar yang dapat di anggarkan di sini kerana pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak advertorial job yang anda dapat setiap bulan. Ia juga bergantung kepada kualiti penulisan, ranking blog, populari blog dan jumlah trafik untuk menarik minat pengiklan.
Mulakan tawaran anda pada base price, kemudian tawarkan (upsale) addon untuk pengiklan buat tambahan. Pecahkan kepada beberapa addon dan cadangkan & terangkan kepada pengiklan kebaikan untuk upgrade.
Andaikan dalam sebulan anda cuma dapat 3 advertorial job dengan upah RM50.00 untuk satu job iaitu pada base price, pendapatan anda di anggarkan sebanyak RM150.00 tanpa addon. Kemudian upsale dengan addon sticky post dengan tambahan RM50.00 lagi setiap artikel, jumlah akhir anda akan dapat adalah RM100.00 setiap artikel. Jumlah keseluruhan untuk 3 artikel dari 3 pengiklan adalah RM300.00.
Anda boleh fikir apa yang boleh di tambah sebagai addon advertorial anda. Malah anda boleh tawarkan pada pengiklan untuk terbitkan artikel di beberapa blog milik anda dengan sedikit bayaran tambahan.
Tawaran dengan base price lebih menarik perhatian, berbanding pakej yang kadangkala ia tidak di perlukan oleh pengiklan. Tapi apabila anda upsale, tidak mustahil pengiklan akan membeli dan membayar pada harga pakej.
Yang penting dapatkan inquiry dan pegang pengiklan dulu, sebelum offer tambahan addon pakej. Tempoh 30 minit atau kurang untuk menulis satu artikel berkenaan produk pengiklan dan di bayar RM100.00, ia lebih dari berbaloi untuk kerja semudah itu.
Disclaimer: Nilai yang di anggarkan di atas hanya sebagai CONTOH untuk pemahaman anda sahaja, berapa caj yang anda kenakan adalah terpulang kepada anda sendiri.

Siapa Boleh & Patut Join?

Sesiapa sahaja yang mempunyai blog aktif dengan sekurang – kurang 1 entri seminggu. Blogger baru atau blogger lama yang berminat untuk menambah atau mengembangkan pendapatan mereka melalui khidmat advertorial.
Terutama sekali blogger yang tidak pernah menjana sebarang pendapatan melalui blog – blog yang di kendalikan sebelum ini. Apa jua topik blog anda akan di terima, kecuali blog yang berunsur lucah, politik dan perkauman atau topik sensitif yang tidak di terima umum.
Blog dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil & Bahasa Cina di terima. Namun keterangan tawaran khidmat advertorial di laman ini, mesti dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

Bayaran Upah Advertorial

Setiap bayaran advertorial yang anda perolehi daripada pengiklan adalah 100% milik anda. Kami tidak akan ambil walau sesen pun upah yang akan di bayar oleh pengiklan kepada anda. Malahan, pengiklan akan hubungi anda terus untuk tempahan dan melakukan persetujuan berkaitan artikel.
Kami hanya sediakan platform untuk menghubungkan para – para blogger & pengiklan di satu tempat sahaja. Oleh kerana kepakaran kami adalah marketing & advertising, kami gunakan kemahiran ini untuk memudahkan anda sebagai seorang blogger mendapatkan pengiklan untuk khidmat advertorial di blog anda.

Syarat Penyertaan

Untuk sertai kami ada beberapa syarat yang perlu anda patuhi.

1: Isi Kandungan Artikel Asli

Blog anda mesti di isi dengan artikel asli iaitu yang di tulis sendiri oleh anda dan bukan artikel yang di copy & paste daripada artikel orang lain. Kami hanya mahu blog yang berkualiti dan asli, ia untuk menjaga kebajikan pengiklan yang mendaftar melalui kami.

2: Penyataan Ditaja

Pembaca blog juga harus di maklumkan bahawa artikel tersebut adalah artikel berbayar atau artikel yang di taja siaran. Ia bertujuan untuk mengelakan pembaca anda dari terkeliru antara iklan editorial dan editorial biasa.
Cara biasa yang di gunakan adalah dengan meletakan kenyataan sebelum tajuk artikel atau selepas tajuk artikel seperti contoh di bawah.
Advertorial – Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit?
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. – Sponsored
Cara lain yang biasa di gunakan adalah meletakan artikel dalam kategori yang di labelkan atau khusus untuk artikel yang di taja.

3: Google Guideline

Advertorial yang akan anda tulis untuk pengiklan dan mempunyai back link ke laman web pengiklan mesti mematuhi syarat dan terma Google iaitu harus mengunakan rel=”nofollow” untuk hyperlink bagi artikel berbayar. Ia perlu di patuhi kerana ia adalah syarat yang di kenakan oleh Google bagi ulasan atau review yang berbayar.
Sama seperti syarat ke2, pembaca blog juga harus di maklumkan bahawa artikel tersebut adalah artikel berbayar atau artikel yang di taja siaran.
Quote dari Google guidelines untuk Advertorial:
(1) Search Engines: If links are paid for, i.e., money changes hands, then links should not pass PageRank. You should nofollow links in Advertorials.
(2) Users & Readers: It should be clear to your readers that this is a paid story by labeling it advertisement or sponsored story.

Siapa Golongan Pengiklan?

Usahawan sama ada yang menjalankan perniagaan dalam talian atau di luar talian yang memerlukan promosi untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pelangan – pelangan baru.
Pengiklan tidak semestinya mempromosikan produk mereka sendiri, ada banyak juga pengiklan terdiri daripada affiliate, reseller, stokis atau agen kepada produk syarikat lain. Mereka mengunakan kaedah pemasaran melalui advertorial untuk menambah jumlah pelangan dan jualan bulanan mereka.
Pengiklan mendaftar dengan kami secara percuma, jadi jumlah pengiklan yang sudah sedar dan bersedia untuk memulakan kempen pemasaran mereka agak ramai. Mereka sudah sedia menunggu blog – blog anda untuk buat tempahan.

Lubuk Duit Advertorial Job

Lubuk duit untuk advertorial job adalah pengiklan kecil yang baru mula bisnes atau bisnes yang sederhana dan sedang meningkat naik. Mereka ini mencari peluang untuk berkembang dan sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk promosi perniagaan mereka.
Tapi, perlu di ingat majoriti mereka mempunyai budget yang terhad. Jangan minta atau kenakan caj yang terlalu mahal dan melampau, ia hanya akan membunuh peluang anda untuk dapat job tersebut.
Walaupun job tu murah, ia tetap beri anda pendapatan dan tentu sahaja lebih banyak job yang akan anda dapat. Fikir secara logik, letakan diri anda pada tempat pengiklan, yang mana anda akan bayar. Harga berpatutan yang anda mampu bayar atau harga di luar kemampuan anda?
Jumlah pengiklan besar dan berduit tak seramai pengiklan kecil, memang ada pengiklan besar akan menempah advertorial, tapi di blog – blog glamer sahaja dan banyak demand yang mungkin blogger biasa tak mampu penuhi.
Kenapa nak kejar ikan di tengah laut, kalau dah ada ikan naik kedarat? Tinggal tunggu anda “sauk” sebanyak mungkin untuk penuhkan baldi sahaja.

Produk & Perkhidmatan Kami

advertorial.MY menyediakan khidmat pengiklanan kepada blogger yang mahu menawarkan khidmat advertorial di laman – laman blog yang mereka miliki. Dengan menjadi ahli, anda sebagai pemilik blog dapat menyenaraikan satu atau semua blog di bawah kendalian anda.
Kami kemudian akan mengiklankan tawaran khidmat anda kepada pengiklan iaitu usahawan dan peniaga yang memerlukan khidmat advertorial bagi memperkenalkan sama ada produk, perkhidmatan, laman web, promosi atau apa sahaja kepada umum.
Pengiklan yang berminat untuk khidmat advertorial di blog, akan menghubungi anda bagi menempah, berbincang dan urusan lain berkenaan khidmat yang anda tawarkan.

Apa Yang Akan Anda Dapat?

Apabila anda menjadi ahli untuk mengiklankan tawaran advertorial di blog anda dengan kami, anda akan mendapat beberapa perkara berikut:
  1. Akses penuh ke laman ahli.
  2. Pendedahan kepada pengiklan berpotensi dari seluruh Malaysia.
  3. Tawaran anda akan di emel kepada pengiklan setiap kali anda iklankan atau memperbaharui iklan.
  4. Di perkenalkan kepada ribuan pengiklan berpotensi baru setiap bulan.
  5. Advertorial job berulang daripada pengiklan yang sama seumur hidup.
  6. Pendapatan yang sangat lumayan sebagai blogger sambilan atau sepenuh masa.
  7. Tip & saranan untuk meningkatkan jumlah pendapatan anda.
  8. Saranan kepada “Tools” untuk menambah baik & meningkatkan prestasi blog.
  9. Peluang dan idea untuk memaksimumkan pendapatan anda melalui blog.
 
Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar