-->

Belah perut sendiri untuk lahir anak

Belah perut sendiri untuk lahir anak-seorang ibu bernama Inez Ramires Perez tinggal di sebuah rumah kabin di pergunungan Mexico Selatan. Kerana tinggal di dataran tinggi, tidak banyak tetangga yang berdekatan dengan rumahnya. Sebahagian besar perlu melalui perjalanan cukup jauh untuk sampai ke rumah jiran lain .

Belah perut sendiri untuk lahir anak

Hari itu, dia sendirian di rumah dengan seorang anaknya berusia 6 tahun, bernama Bonito. Mendadak perutnya terasa sakit dan dia tahu bahawa dia hendak melahirkan. Malangnya, beberapa tahun sebelumnya, dia mempunyai pengalaman buruk soal melahirkan. Anaknya meninggal sebelum sempat dilahirkan akibat kesukaran melahirkan secara normal.

Matahari sudah terbenam beberapa jam lalu. Klinik berdekatan berada 80 km jauhnya dan perlu melalui jalan curam. Suaminya masih belum pulang dan dia tak punya telefon untuk menghubunginya .

Nekad melakukan operasi caesar sendiri

Tepat tengah malam, 12 jam menahan rasa sakit, ibu berusia 40 tahun ini tidak mampu bertahan lagi. Duduk di sebuah bangku kayu yang rendah, dia kemudian mengambil botol arak dan minum beberapa teguk. Dia kemudian mengambil pisau dan mulai menghiris perutnya sendiri sepanjang 15 cm .

Dengan bantuan cahaya malap dari mentol kecil, Inez Ramirez memotong kulit perut, lemak dan ototnya. Dia berhenti sebelum mencapai rahim dan menarik keluar bayi lelakinya sambil menahan rasa sakit. Kemudian, memotong tali pusat bayinya dengan gunting dan pengsan.

Hari itu, 5 Mac 2000, seorang bayi lelaki yang sihat dan diberi nama Orlando Ruiz Ramirez dilahirkan dengan operasi caesar berjaya oleh ibunya sendiri.

"Aku tidak boleh lagi menahan sakit," katanya. "Dan jika bayiku mati, maka aku memutuskan lebih baik aku mati dengan cuba menyelamatkannya. Aku berharap dia boleh membesar dan boleh melihatnya dewasa. Aku berfikir bahawa saat itu Tuhan yang menyelamatkan hidup kami berdua.

Dalam keadaan yang sihat

Walaupun tidak ada saksi yang melihat proses melahirkannya, dua doktor yang memeriksa keadaannya dan bayinya sepenuhnya yakin bahawa mereka dalam keadaan baik.

Sebenarnya, Dr. Honorio Galvan dan Dr. Jesus Guzman sangat terkejut dengan apa yang didengarnya. Namun, ini adalah sebuah keberanian terpuji. Proses melahirkan ekstrim ini mendapat perhatian apabila dilaporkan dalam International Journal of Ginekologi dan Obstetrik.

Inez Ramirez meneruskan ceritanya, di mana selepas dia melakukan operasi pada dirinya sendiri. Sekitar satu jam kemudian dia sedar dan membungkus perutnya dengan sweater agar perdarahannya berhenti lalu meminta anaknya untuk mencari bantuan. Beberapa jam kemudian, pekerja kesihatan menemui Inez sedang berbaring menahan rasa sakit di samping bayinya.

Petugas kesihatan itulah yang kemudian menjahit luka sayatan dengan jahitan sepanjang 17cm dengan jarum dan benang biasa. Dengan tambahan bantuan dari petugas kesihatan lain, kemudian Inez dan bayinya dibawa menggunakan kereta kuda ke bandar dan merawatnya di klinik kesihatan.

Kisah ini adalah sebuah kisah keberanian seorang ibu dalam memperjuangkan anaknya. Sekaligus menunjukkan betapa besar cinta dan pengorbanan seorang ibu. Mari selalu hormati dan hargai apa yang telah dikorbankan ibu untuk kita. - kongsi2ceritaonline


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar