-->

Wanita pancing ikan tuna seberat 411.6 kilogram

Wanita pancing ikan tuna seberat 411.6 kilogram-pemancing wanita Donna Pascoe (56) mendapat kejutan luar biasa ketika memancing di Kepulauan Three Kings, Cape Reinga, New Zealand.

Wanita pancing ikan tuna seberat 411.6 kilogram 

Beliau telah berjaya menaikkan seekor tuna gergasi seberat 411 kg yang belum pernah dipancing oleh sesiapa sebelum ini.

Ketika sedang memancing, Donna yang sudah berpengalaman itu sudah merasa ada ikan besar yang menarik umpan pancingnya.
"Tali pancing saya ditarik kuat seperti diseret sebuah kereta api,"kata Donna yang berasal dari bandar Auckland itu.


"Saat itu, saya sangat gugup dan takut jika tali pancing saya putus. Namun, ternyata ikan itu berhenti berenang dan saya boleh menarik tali pancing saya," kenang Donna.

Tak sedar dengan saiz ikan tangkapannya, Donna dan empat kawannya "bertarung" selama lebih dari empat jam untuk menarik ikan berukuran hampir tiga meter itu ke atas botnya.

"Dia sangat keras kepala, tapi demikian juga saya," ujar Donna.

Selepas 4 jam 11 minit berjuang, akhirnya Donna dan rakan - rakannya berjaya mengheret ikan tuna sirip biru gergasi itu ke atas bot.

"Saya sangat gembira, tangan dan kaki ini rasanya hampir tercabut. Rasanya dorongan adrenalin yang membuat kami boleh mengalahkan ikan itu,"tambah dia.

Setelah ditimbang, ikan itu mempunyai berat 411.6 kilogram atau dua kali berat seekor anak gajah. Ikan tangkapan Donna itu mengalahkan rekod sebelumnya seberat 335 kilogram.

Tahun lalu, seekor ikan tuna sirip biru seberat 222 kilogram dijual dengan harga 1.09 juta dollar dalam sebuah lelongan di Tokyo.

Dengan perhitungan harga per kilo, maka ikan tangkapan Donna itu boleh menghasilkan wang 2.02 juta dollar.

Namun, Donna tak tergoda dengan jumlah wang itu. Dia ingin mengawetkan ikan itu dan mempamerkannya di kelab memancing Houhora Big Game & Sports Fishing Club. - Dailymail.co.uk 



Wanita pancing ikan tuna seberat 411.6 kilogram

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar