-->

Pelajar hilang di gunung tok wan selamat ditemui

Pelajar hilang di gunung tok wan selamat ditemui- sepuluh orang termasuk enam pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Semenyih, semalam, ditemui semula pagi tadi.
Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka ditemui kira-kira 10.30 pagi dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan.


Pelajar hilang di gunung tok wan selamat ditemui

Bagaimanapun, beliau berkata seorang pelajar sekolah terbabit dikenali sebagai Mohd Haris Shahrizam, 17, mengalami kecederaan ringan di kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Kajang, Selangor.
"Sembilan lagi dibawa ke pusat kawalan bomba di Paradise Valley Resort berhampiran gunung itu sementara menunggu anggota keluarga datang untuk membawa mereka pulang," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di pusat kawalan bomba itu, seorang mangsa, Mohd Zafran Mohd Azmir, 16, berkata dia mula mendaki gunung itu pada jam 3.30 pagi Sabtu.

Mohd Zafran berkata, disebabkan keadaan sejuk ketika itu mereka berhasrat untuk sampai ke puncak secepat mungkin tetapi dalam separuh perjalanan mereka gagal mengesan tanda arah menuju ke puncak itu.

"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik kerana dalam kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa) yang lain yang turut tersesat semasa pendakian," katanya.
Selepas bergabung dengan kumpulan itu, mereka membuat keputusan meneruskan perjalanan untuk mencari tempat berteduh.

"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa gigihkan diri juga sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam.

"Di situ kami merehatkan diri sebelum ditemui pihak bomba jam 10.30 pagi tadi," katanya. - BERNAMA


Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar