Ketahui teknologi roti jadi tahan lama dari kulat-sebuah syarikat Amerika Syarikat membangunkan teknik terbaru yang didakwa mampu membuatkan roti tahan tanpa kulat selama 60 hari.
Roti terbabit dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro khas yang mampu membunuh spora yang menyebabkan masalah kulat pada roti.
Syarikat terbabit mendakwa ini adalah penting untuk mengurangkan jumlah
pembaziran roti di Britain sendiri yang hampir menyamai satu pertiga
daripada roti yang dibeli.
Teknik berkenaan juga boleh digunakan untuk pelbagai makanan lain
termasuk daging ayam belanda segar dan kebanyakan buah-buahan serta
sayur-sayuran.
Satu daripada ancaman terbesar dalam roti adalah kulat atau cendawan.
Ini kerana kebiasaannya roti akan dibungkus dalam plastik di mana air di
dalam roti berkenaan akan menyejat dan terperangkap sekali gus
mewujudkan permukaan yang lembap. Ini menggalakkan pertumbuhan kulat
yang dikenali sebagai Rhizopus stolonifer yang menyebabkan roti terbabit
cepat rosak.
Dalam kajian yang dilakukan di makmal Universiti Teknologi Texas di
Lubbock, ketua eksekutifnya Don Stull menunjukkan alat ketuhar gelombang
mikro yang digunakan dalam industri pengeluaran.
Bunuh kulat roti
Ia direka pada awalnya untuk membunuh bakteria seperti MRSA dan
salmonella, tetapi penyelidik akhirnya mendapati ia mampu membunuh kulat
dalam roti hanya dalam masa 10 saat.
“Kami memanaskan sepotong roti di dalam alat ini, kemudian memeriksa
kulatnya sepanjang masa tanpa kawalan,” katanya yang dipetik the
Guardian.
“Dalam masa 60 hari ia memiliki kandungan kulat yang sama apabila dikeluarkan dari oven,” katanya.
Stull berkata, mesin itu dibina mereka menggunakan teknologi yang sama
yang didapati dalam ketuhar gelombang mikro komersial tetapi dengan
beberapa perbezaan penting.
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Artikel
Kredit