-->

Punca gangguan bekalan air di Lembah Klang dan Selangor

Punca gangguan bekalan air di Lembah Klang dan Selangor- 

Punca gangguan bekalan air di Lembah Klang dan Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memulakan kerja dan henti tugas sementara hari ini di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2, Batang Berjuntai yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang dan Selangor.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata pelaksanaan kerja-kerja henti tugas itu mengambil masa 13 jam mulai 8 pagi ini hingga 9 malam. 

"Tempoh pemulihan bekalan air pula dijangka pada 9 malam. Oleh kerana gangguan ini melibatkan kawasan besar, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning untuk kesemua kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, SYABAS sudah membuat persediaan bagi mengurangkan kesan atau gangguan bekalan air kepada pengguna dengan memenuhkan semua kolam simpanan sebelum kerja henti tugas dilakukan.

Sebahagian kawasan yang disenarai mengalami gangguan, khususnya kawasan berhampiran kolam air dan kawasan rendah, mungkin mendapat bekalan air tanpa kesan gangguan bekalan air.

Priscilla berkata, kebanyakan kawasan mendapat pemulihan bekalan air dalam tempoh 24 jam selepas kerja henti tugas siap nanti.

"Tempoh masa untuk bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat dan bergantung kepada geografikal. Kawasan jauh dari sumber bekalan dan di tempat tinggi mendapat kembali bekalan agak lewat," katanya.
SYABAS menjangka kawasan tinggi dan jauh dari sumber air terutama di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya.

Sehubungan itu, SYABAS menyarankan pengguna supaya mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air menerusi laman sesawang http://www.syabas.com.my.

Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Sebelum ini, SYABAS menyatakan henti tugas yang akan menyebabkan kira-kira sejuta penduduk di Lembah Klang dan Selangor berdepan gangguan bekalan air, bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Pengepaman loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2 ke Kolam Imbangan Matang Pagar membekalkan air ke wilayah-wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam.

Henti tugas itu membabitkan 217,694 akaun pengguna termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra. 


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar