-->

Kerja 30 jam tanpa henti akhirnya meninggal dunia

 Kerja 30 jam tanpa henti akhirnya meninggal dunia 
 
Kerja 30 jam tanpa henti akhirnya meninggal dunia-Mita Diran, 27, dilaporkan bekerja tanpa mengenal penat selama 30 jam dan perkara itu diketahui menerusi status terakhir yang ditulis di akaun Twitter peribadinya.

Mita dalam akaun Twitter dengan nama profil @mitdow pada pukul 6.47 petang 14 Disember menulis 30 hours of working and still going strooong (30 jam bekerja dan masih bertahan).

Sehari selepas status itu ditulis, pengikut-pengikutnya di Twitter dikejutkan dengan berita pemergiannya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mita atau nama sebenarnya Pradnya Paramita dilaporkan rebah dan dikejarkan ke Hospital Pusat Pertamina di sini untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, bapa Mita, Yani Syahril memberitahu, anaknya berada dalam keadaan koma dan peluang untuk kembali pulih amat tipis.

Dalam status yang ditulis di laman sosial Path, Yani berkata, anaknya itu rebah selepas bekerja tanpa henti selama tiga hari berturut-turut.

Di laman Twitter juga, rakan-rakan terdekat Mita melaporkan, gadis cantik yang berambut pendek itu turut mengambil minuman bertenaga berlebihan bagi membantunya cerdas ketika bekerja.

Berita kematian Mita juga disahkan oleh pengurusan Y & Y Group yang turut menghormati pemergian kakitangannya dengan menutup operasi syarikat selama sehari.

Penutupan operasi syarikat itu dibuat bagi membolehkan seluruh kakitangan menghadiri majlis pengebumian Mita di Tanah Perkuburan Umum Jeruk Purut di sini pagi ini. 


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Utusan
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar