-->

Perlu selektif rasional subsidi



Read more at: http://www.astroawani.com/budget/news/show/ku-li-rasional-subsidi-itu-baik-tetapi-perlu-selektif-27323?cp-
Perlu selektif rasional subsidi-bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah karajaan melaksanakan merasionalkan subsidi adalah baik namun ia tidak seharusnya memanfaatkan perniagaan besar.

"Merasionalkan subsidi ini sepatutnya sudah lama kerajaan laksanakan tetapi dalam masa sama mereka (kerajaan) juga perlu selektif, pengguna tidak boleh dibebani kesannya," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan agung tahun ke-4 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Dewan Muktamar, Pusat Islam, di sini, hari ini.

Bekas Presiden parti Semangat 46 itu berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.

Namun kata ahli parlimen Gua Musang itu berkata kerajaan juga perlu mengambil kira kawalan amalan perdagangan yang terlalu monopoli.

"Kedudukan monopoli itu menyaksikan segelintir pihak membebankan rakyat. Ada kalanya, hal subsidi tidak mencapai kumpulan sasaran," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Tengku Razaleigh menasihatkan orang Melayu supaya menilai kembali sebab mereka gagal dan ketinggalan dalam aktiviti ekonomi.

Katanya menilai kembali sebab kegagalan adalah lebih baik berbanding merungut dan membuat tuntutan tidak munasabah.

Tengku Razaleigh berkata dewasa ini bilangan “key-personnel” daripada kalangan orang Melayu di sektor korporat menurun dengan sangat signifikan.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan bila orang Melayu dan bumiputera belum dapat menerajui syarikat dan industri yang diasaskan oleh FELDA yang sudah berkembang luas.

“Industri produk halal yang besar juga difahamkan dikawal oleh orang bukan Melayu/Bumiputera, dan sangat mendukacitakan apabila pemilik asal beberapa syarikat orang Melayu yang sudah berjaya akhirnya menjadi pekerja kepada pemilik syarikat yang baru.

“Perkembangan ini tidak ada kaitan dengan isu perkauman atau hak orang Melayu yang dinafikan, tetapi lebih merupakan masalah orang Melayu yang tidak mampu bertahan dalam saingan dan kesulitan alam perniagaan yang semakin kompleks,” katanya.

Beliau juga menggesa Perkasa memperjuangkan masyarakat Melayu Malaysia lebih berdisiplin, dilatih dan diberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan.

“Ini membolehkan kita bertahan dan bersaing dengan siapa pun dan dalam keadaan apa pun dan dengan pelbagai peluang dan kemudahan serta bantuan, masyarakat orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh menyalahkan orang lain kalau mereka masih tidak berjaya.

“Banyak yang boleh diperbuat untuk mengangkat dan memartabatkan orang Melayu dan Bumiputera yang sebahagian besar masih berada di strata bawah dalam struktur ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan aktiviti ekonomi berkelompok dan membolehkan Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi dengan lebih menyeluruh dan cepat.

“Sekiranya perkembangan ekonomi dipacu oleh daya pengeluaran yang meningkat dan rakyat menikmati pendapatan yang agak tinggi sama ada mereka ini petani, penangkap ikan, penoreh getah atau pekerja ladang dengan pelaksanaan gaji minimum dalam suasana bebas dan aman,” katanya.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar