Lelong barang selebriti di KL Bike Week 2013,atas sambutan yang memberangsangkan pada edisi penganjurannya sebelum ini, syarikat permotoran milik Bumiputera, Red Garage Enterprise (RGE) meneruskan acara Kuala Lumpur Bike Week 2013 (KLBW2013) buat kali keenam bermula hari ini sehingga esok.
Lebih
mengujakan, acara tahunan RGE ini turut mendapat sokongan kuat Tourism
Malaysia di mana kolaborasi ini akan memantapkan lagi promosi Tahun
Melawat Malaysia 2014. Pelbagai acara menarik dijalankan antaranya,
penampilan khas pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin; pameran
motosikal vintage dari Amerika dan Eropah; pertandingan motor custom terbaik; pasar karat motosikal serta konvoi bersama penyanyi terkenal Awie.
Selain 100 buah gerai jualan, KLBW2013 turut dihangatkan dengan persembahan band termasuk Republic of Brickfields, Pure Vibracion dan Kugiran Tepi Pantai. Bukan saja acara santai, penganjuran edisi keenam ini dimeriahkan dengan acara amal seperti Tabung Kilat Bantuan Mangsa Banjir serta Back To School Fund Raising bagi meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur.
“Jika penganjuran tahun lepas kami membantu penduduk di Gaza, kali ini kami meneruskan acara amal ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Pengunjung yang hadir boleh menderma secara tunai ataupun dalam bentuk peralatan keperluan.
"Kami juga akan mengadakan lelongan barangan selebriti terkenal di mana hasil yang diterima akan disalurkan ke Back To School Fund Raising bagi membeli barangan keperluan sekolah anak-anak mangsa banjir. Kami menyasarkan 1,000 pasang baju sekolah dan harap dengan lelongan ini, kami dapat meringankan beban mangsa banjir.
"Antara artis yang sudi bekerjasama bagi menyokong acara ini adalah Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Nabil, Altimet dan ramai lagi. Selain itu, kami juga akan lelongkan sebuah topi keledar Gringo bernilai kira-kira RM1,200 yang mempunyai tandatangan Awie,” ujar Dira Abu Zahar selaku wakil penganjur ketika ditemui pada sidang media KLBW2013 di Saloma Bistro petang Selasa.
Bukan sekadar acara permotoran biasa, KLBW2013 dijangka dapat menarik kedatangan bukan saja dari kalangan pengunjung tempatan malah juga pelancong antarabangsa. Dengan pelbagai aktiviti menarik, KLBW2013 secara tidak langsung membantu usaha kerajaan dalam mencapai matlamat membawa 28 juta pelancong ke Malaysia pada tahun 2014, sekaligus menggalakkan industri pelancongan automotif di Malaysia.
KLBW2013 sedang berlangsung di Jalan P.Ramlee berhadapan KLCC sehingga esok. Penganjuran tahunan ini turut ditaja oleh Naza Group of Company selain disertai Victory Motorcycles Malaysia, Harley Davidson Kuala Lumpur dan Ducati Malaysia.

Artikel
Kredit