-->

Kehilangan polis wanita terjawab

Kehilangan polis wanita terjawab -Kota Kinabalu Tanda tanya mengenai ketidakhadiran bertugas seorang anggota polis wanita sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan berulat dan hampir reput di dalam rumahnya di Perumahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, kelmarin.
Kehilangan polis wanita terjawab

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa Koperal Rukiyah Talib, 57, ditemui beberapa rakan sekerja yang datang untuk menjenguknya selepas dikatakan tidak datang kerja beberapa hari lalu. Difahamkan, mangsa bekerja di Jabatan Logistik (Unit Komunikasi) IPK Sabah dan dipercayai tinggal di perumahan polis sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Deputi Superintendan A Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, rakan sekerja mangsa curiga selepas mangsa tidak datang kerja beberapa hari lalu.

“Selepas itu, rakan mangsa kemudian pergi ke rumah mangsa dan mengetuk beberapa kali namun tiada jawapan. “Rakan sekerja mangsa kemudian memanggil beberapa jiran sebelum berjaya membuka pintu hadapan.

“Sebaik pintu berjaya dibuka, mereka terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berbau lalu bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal dipercayai mangsa sudah meninggal dunia sejak empat hari sebelum itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar