-->

Dollah Salleh belum memutuskan bersama skuad Liga Super Pahang pada musim depan


KETUA jurulatih Dollah Salleh masih belum memutuskan sama ada akan kekal bersama skuad Liga Super Pahang pada musim depan biarpun membantu skuad itu menjuarai Piala Malaysia 2013 di sini malam tadi.

Dollah Salleh
 
Katanya beliau masih belum memikirkan hala tuju kerjayanya dengan skuad Tok Gajah itu.

"Biarlah saya meraikan kejayaan ini bersama pasukan sebelum memikirkan kerjaya saya untuk musim depan," katanya selepas skuad bimbingannya menjulang Piala Malaysia dengan mengalahkan Kelantan 1-0 pada final di Stadium Shah Alam di sini.

Pahang muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga selepas 1983 dan 1992, hasil jaringan penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-58.

Menyentuh mengenai kemenangan itu, Dollah, yang pernah mendakap kejuaraan Piala Malaysia ketika beraksi bersama Pahang pada 1992, berkata ia merupakan satu kebanggaan kepadanya selaku pengendali pasukan berkenaan.    

"Tapi keseluruhannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain yang bekerjasama dengan bangkit semula dan memanfaatkan segala peluang yang terhidang," katanya.

Berkongsi pandangan yang sama ialah pemain terbaik perlawanan akhir, Azamuddin Mohd Akil yang tidak menyangka meraih gelaran berkenaan.

"Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan pasukan Pahang yang berjaya menamatkan kemarau selama 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.

"Saya juga ingin tuju kejayaan ini kepada penyokong setia pasukan Pahang terutamanya penduduk (daerah) Kuala Lipis yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada saya selama ini," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyalahkan mutu pengadilan yang lemah sehingga memberi peluang kepada Pahang merangkul piala tersebut.   

"Saya tidak mahu bercakap pasal itu tetapi secara keseluruhan pemain bermain dengan baik...malangnya mereka gagal melakukan penyudahan," katanya yang menyifatkan perlawanan itu merupakan misi terakhir buat dirinya bersama Kelantan.

Mengenai masa depannya, jurulatih berusia 42 tahun kelahiran Croatia itu berkata beliau telah menerima tawaran daripada beberapa pasukan untuk musim depan.

"Ini adalah perlawanan terakhir saya bersama Kelantan dan ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Kelantan, pengurusan pasukan dan pemain yang memberi kerjasama baik dengan saya sejak dua tahun lepas," katanya.

"Bukan banyak pasukan boleh mencontohi pencapaian Kelantan sebelum ini dan ini semua kerana hasil sokongan mantap daripada pihak pengurusan," katanya yang membantu Kelantan menjuarai tiga gelaran musim lepas.

- Bernama






 Post by: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar