Seorang bekas penari Pakistan yang berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas disimbah asid akhirnya bertindak membunuh diri selepas lebih sedekad menanggung derita dari segi fizikal dan emosi.
Fakhra Younus, 33, bertindak terjun dari
tingkat enam sebuah bangunan di Rom, 12 tahun selepas serangan asid
yang menurutnya telah menyebabkan dirinya tidak kelihatan seperti
manusia.
Menurut laporan media, serangan yang
berlaku sekitar Mei 2000 itu didakwa dilakukan oleh bekas suaminya,
Bilal Khar (gambar di bawah) . Dia dikatakan telah menyimbah asid ke
muka Fakhra yang sedang nyenyak tidur.
Serangan yang berlaku di depan anak
tunggal mereka itu menyebabkan Fakhra sukar bernafas dan berjuang untuk
hidup. Hidungnya hampir “cair” sepenuhnya dan dia terpaksa menjalani 39
pembedahan untuk membaiki wajahnya sepanjang dekad yang lalu.
Serangan kejam dan tidak
berperikemanusiaan itu juga telah menyebabkan rambutnya terbakar,
mencantumkan bibirnya, membutakan mata dan merosakkan telinga kirinya,
dan turut “mencairkan” payu daranya.
Lebih daripada 8 500 kes serangan asid, perkahwinan paksa, dan pelbagai bentuk keganasan terhadap wanita dilaporkan di Pakistan pada tahun 2011, menurut Yayasan Aurat, organisasi yang memperjuangkan hak asasi wanita di Pakistan.
Peningkatan kes serangan asid mendorong
kerajaan Pakistan memperkenalkan undang-undang baharu. Berdasarkan
undang-undang itu, individu yang disabitkan bersalah perlu menjalani
hukuman penjara sekurang-kurangnya 14 tahun.
Kredit