-->

Warung kopi terkecil di dunia ada di United Kingdom

 
Perniagaan adakalanya perlu kreatif agar pelanggan rasa perbezaan.
Sebuah kedai kopi di bandar Lincoln, United Kingdom, merupakan warung kopi terkecil di dunia dengan hanya ada 2 tempat duduk dan 1 meja panjang tersedia. Adam Lowiss, pemilik kedai kopi yang ia namakan Little Espresso Co dapat menampung 4 orang satu-satu mansa, 2 orang duduk dan 2 orang lain beratur di dalam. Lelaki berusia 48 tahun ini hanya melayani 35 pelanggan setiap hari di sebuah bilik berukuran 2 meter persegi tersebut.

 
Anehnya, orang-orang rela beratur untuk mendapatkan tempat duduk di situ, bahkan ketika hujan sedang turun. Adam telah mendaftarkan kedai kopinya ke Guinness World Records untuk mendapatkan pengakuan sebagai kedai kopi terkecil di dunia. Ketika ini, ungkap Adam, kedai kopinya mengalahkan kedai kopi lain di UK yang berukuran 5 meter persegi bernama The Window in Norwich yang sebelumnya dianggap merupakan yang terkecil.
Tim penilai dari Guinness World Records akan segera dihantar dan dalam masa 2 minggu hasilnya sudah boleh diketahui. Adam berkata, "Kedai kopi didatangi ramai orang kerana mereka ingin mendapatkan kesenangan baru dan mereka suka keintiman. Hanya ada aku di sini. Aku menyiapkan segalanya. "" Orang-orang mengatakan mereka belum pernah melihat tempat berjualan sekecil ini kecuali kedai atau kereta, van.

Banyak orang datang untuk melihat betapa kecilnya tempat ini, "tambahnya. Saat suasana pagi hari yang sibuk, pengunjung masih boleh menikmati berbual dan melihat wajah-wajah yang familiar. "Bagi sebuah kedai kopi, agak sedikit aneh ketika ada orang yang beratur di bawah hujan, namun mereka senang melakukannya," kata Adam. Adam sangat menginginkan sebuah penghargaan untuk warung kopinya. "Jika tidak sebagai kedai kopi terkecil di dunia, mungkin di England, atau apabila ada penghargaan lain semacam itu, aku mahu mendapatkannya," ujarnya.

Adam mengatakan di tengah-tengah masa kemelesetan ekonomi global seperti saat ini, banyak pengguna suka melihat perniagaan kecil. Ia juga mendedahkan kedai kopi miliknya amat berbeza dengan kedai-kedai kopi lain seperti Starbucks. "Orang-orang suka datang ke suatu tempat yang baru, bukan ke kedai kopi konvensional," katanya. Namun, Adam tidak hanya tertumpu pada saiz kedai kopinya yang kecil sebagai daya tarikan. Seperti kedai-kedai kopi lain, rasa kopi dan makanan ringan menjadi salah satu faktor kuat yang menentukan apakah pelanggan akan datang terus atau tidak. Adam sebelum ini sudah membuka beberapa pub dan bekerja untuk National Trust, namun ketika ini ia memantapkan hati untuk sepenuhnya bekerja di kedia kopinya yang kecil.
Semoga perkongsian ini beri maklumat dan manfaat pada anda.
Terima kasih kerana baca blog ini.Post dari-Wansite
Sumber

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar