Selepas dramatis, Rita
Rudaini mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan Aidil Zafuan
menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada bulan puasa
adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama, kembar kepada Aidil iaitu
Zaquan Adha menerusi laman Twitternya membidas kenyataan Rita itu yang
dianggap sebagai melampau.
Zaquan yang juga suami kepada pelakon Ayu Raudhah turut menasihati Rita
supaya bermuhasabah diri terlebih dahulu sebelum menyentuh hal agama dan
berhenti daripada menagih simpati orang ramai dengan memburukkan nama
keluarganya. "Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama, cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama, mari bersemuka. Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku," kata Zaquan menerusi Twitternya yang dipetik dari Sinar Harian.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Rita Rudaini telah memberitahu dirinya sudah memulakan fasa baru dalam hidupnya selepas diceraikan Aidil Zafuan dengan talak satu pada 4 Ogos lalu iaitu malam 27 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.
"Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam Lailatul Qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?
"Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari di Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?
"Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?," kata Rita.
sumber-tupai.com