-->

Lagu negaraku akan dimainkan di pawagam bermula pada 28 ogos ini

Lagu "Negaraku" di pawagam bermula 28 Ogos

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek secara rasminya mengesahkan lagu kebangsaan akan dimainkan sebelum tayangan filem di pawagam seluruh Malaysia bersama - sama dengan video klip promosi dan tema lagu Hari Merdeka iaitu "Tanah Tumpahnya Darahku". Cadangan itu telah dinyatakan oleh Ahmad Shabery beberapa hari lalu.
Kempen ini akan dilaksanakan di seluruh 238 pawagam Golden Screen Cinema (GSC), 170 pawagam TGV, 100 pawagam Lotus Five Star (LFS), 185 pawagam MBO dan pawagam Cathay Cineplex termasuk Sabah dan Sarawak.
Dua video klip promosi bertajuk "Pesanan Terakhir" dan "Tanah Tumpahnya Negaraku" akan dimainkan selama empat minit diikuti dengan tema lagu Hari Merdeka "Tanah Tumpahnya Negaraku" dan "Negaraku".
Menurut Ahmad Shabery, kempen ini akan bermula dari 28 Ogos hingga 3 September walaupun ada kemungkinan bakal dilanjutkan sehingga Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.
"Tahun ini, Malaysia menghadapi pelbagai masalah dalaman dan juga ancaman daripada luar. Jadi, adalah penting untuk kita menjalankan tanggungjawab kepada negara dan sentiasa bersatu. Berdiri tegak ketika lagu kebangsaan dimainkan di pawagam hanyalah satu pengorbanan kecil sebagai warganegara Malaysia," kata Ahmad Shabery.
Ketika ditanya adakah beliau bimbang akan keengganan orang ramai mematuhi arahan ini, Ahmad Shabery berkata, "Saya percaya rakyat Malaysia mempunyai kesedaran dan menghormati negara mereka sendiri untuk melaksanakan kempen ini tanpa paksaan.
"Walaubagaimanapun, ada pihak yang akan memerhatikan penonton di dalam pawagam dan tindakan sewajarnya akan diambil jika ada yang enggan mematuhi kempen tersebut."
Ini merupakan kali kedua amalan seperti ini dilaksanakan di Malaysia.
sumber-tupai.com
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar