Walaupun sudah bergelar suami tapi sudah beberapa minggu rutin harian
pelakon dan pengarah Jehan Miskin tidak ubah macam orang bujang.
Disebabkan ketiadaan isterinya Julie Camelia Rhee di sisi, Jehan
terpaksa menguruskan makan pakainya sendiri. Termasuklah menjalani
ibadah berpuasa sendirian.
"Allhamdulillah puasa okay. Tapi sedih sikit lah sebab saya berpuasa
sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja.
Jadi saya macam orang bujang lah sekarang. Berbuka seorang. Isteri saya
tak ada, saya tak bangun sahur sebab saya ni selalu tidur lewat.
"Lagipun saya baru balik dari menjalani penggambaran program travelogue
di Sabah. Sejak 1 Ramadan tu memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka
dengan kru-kru produksi. Sekarang dah balik KL, berbuka seorang, macam
orang bujang. InsyaAllah isteri saya balik hujung minggu ini. Dia balik
nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia
masak dan bersahur bersama", kata Jehan kepada Malaysian Digest.com
ketika ditemui pada Majlis Berbuka anjuran Astro bertempat di Hotel
Hilton Kuala Lumpur, malam tadi.
Jehan berkahwin dengan Camelia yang merupakan warganegara Korea, pada 4
Mei lalu selepas lima tahun bercinta. Majlis pernikahan mereka
berlangsung secara tertutup di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur.
Dalam pada itu Jehan turut memberitahu kesibukan masing-masing
menyebabkan hingga kini dia dan isteri belum sempat pergi berbulan madu.
Namun Jehan merancang mahu membawa isterinya berbulan ke Pulau
Maldives.
"Kami tak sempat lagi pergi bulan madu. Mulanya ingat nak pergi masa
raya nanti. Tapi raya kedua nanti dia (Camelia) pula terpaksa pergi
semula ke Jepun. Sekali lagi lah saya ditinggalkan. Tapi tak apa, bagus
juga kalau ditinggal-tinggalkan sebab bila berjauhan buat kami lagi
rindu.
"Jadi bila nak pergi masa raya tak jadi, masa ynag kami ada cuma pada
cuti hari merdeka nanti. InsyaAllah masa tu kami akan pergi bulan madu.
Perancangannya nak ke Maldives tapi kami belum pilih lagi pulau yang
mana sebab di Maldives banyak pulau.
Perkembangan terkini, Jehan baru saja selesai menjalani pengambaran program Travelogue, Sabah Route Trip.
Program tersebut menyaksikan Jehan sebagai hos menggembara ke
tempat-tempat menari di negeri dibawah bayu itu dengan menaiki
motosikal.
Kecewa 'What If' Kena Potong
Selain itu, drama bersiri pertama arahannya What If kini sedang rancak ditayangkan pada Setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran 8TV.
Dalam pada itu Jehan turut meluahkan rasa kecewa apabila drama terbitan
syarikatnya itu diberitakan terpaksa melalui proses pemotongan.
"Episod-episod sebelum ni tak ada pemotongan. Tapi untuk episod ke tujuh
berkisar tentang karnibal, pihak 8TV minta saya re-edit semula. Jadi
kita terpaksa buang beberapa babak yang agak sensitif dan tak sesuai
untuk tontonan umum. Saya difahaamkan selepas re-edit pun, pihak LPF
masih buat pemotongan.
"Pada saya, saya tak kisah kalau ada pemotongan tapi biarlah munasabah.
Jangan sampai menjejaskan jalan cerita. Saya bimbang kalau disebabkan
pemotongan itu, penonton tak faham dengan jalan cerita tersebut. Nanti
seolah-olah kita pula yang terbitkan cerita yang tak masuk akal. Tapi
apa yang saya tahu, setakat ni ia tak menjejaskan jalan cerita",
katanya.
What If, siri kisah seram dan suspen yang mengisahkan seorang
pemuda (Imzan) yang mengalami pelbagai kisah pelik sejak di usia 15
tahun. Dia kemudiannya mengalami gangguan emosi dan mula menulis
kisah-kisah orang di sekeliling dalam sebuah buku. Tanpa disangka apa
yang ditulis itu berubah menjadi realiti.
Memaparkan kisah sangat menarik pada setiap episod seperti What If A Mother Become Serial Killer, What If Man Become Woman, What If Buried Life, What If Overnight Famous
dan banyak lagi. Antara pelakon lain yang turut menjayakan dram ini
seperti Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Elaine Daily,
Nas-T, Chelsia Ng, Peter Davis, Reefa, Julie Woon, Prem Shanker dan
ramai lagi.
- mD