Pada minggu lalu, penyanyi Adira heboh dikaitkan dengan jejaka bernama 
Shahrul apabila penyanyi itu sering memuat naik foto mereka berdua di 
laman sosial Instagram.
 Lebih menjadi tanda tanya pada semua, apabila pereka fesyen Ezuwan Ismail pula memuat naik foto Adira dan Shahrul yang sedang menempah baju dengan tulisan status 'Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persediaan untuk...'.
 Bagaimanapun Adira menafikan dia telah bertunang Shahrul atau nama 
sebenarnya  Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia 
Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), seperti yang di dakwa ramai.
 Sebaliknya menurut penyanyi berusia 23 tahun itu, dia baru sahaja 
mengenali pemuda tersebut sejak beberapa bulan lalu dan terkejut apabila
 dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.
 Adira juga memberitahu dia hanya tergelak apabila mendengar khabra dia 
dan Shahrul akan bertunang serterusnya berkahwin dalam masa terdekat 
ini. 
 "Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa," 
 Bagaimanapun Adira mengakui bahawa Shahrul adalah lelaki yang paling 
rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing, cuma 
perhubungan itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.
 "Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi 
melihatkannya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang
 susah membuatkan saya tertarik dengannya," ujar Adira.
 Berkenaan foto dan status yang ditulis oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail
 itu, Adira berkata ramai yang salah faham kerana tujuan dia dan Shahrul
 menempah baju adalah bagi menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen 
itu di Kelantan yang bakal berlangsung pada Hari Raya ketiga.
 "Memandangkan Shahrul juga berasal dari Kelantan, maka saya beraya 
sekali di rumah keluarganya. Dan saya pula akan bercuti selama dua 
minggu untuk pulang ke kampung di Sabah sebelum bertolak ke Kelantan," 
jelasnya.
 sumber : mStar