-->

Seorang bayi cedera dan koma sehingga kini akibat kemalangan di hulu terengganu

Seorang remaja 17 tahun dipercayai mempunyai masaalah mental melarikan dua kenderaan dalam kejadian berasingan yang mana salah satu daripadanya terlibat kemalangan, menyebabkan seorang bayi berusia sembilan bulan cedera dan disahkan koma sehingga kini.

Bayi 9 Bulan Koma, Tercampak Dari Kereta di Larikan Remaja

Menurut laporan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam, suspek berasal dari Kelantan melarikan kereta Nissan Grand Livina tersebut di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, Hulu Terengganu.

Ketika kejadian, pemandu kenderaan itu dan isterinya yang merupakan anggota polis, meninggalkannya tanpa berkunci untuk ke tandas, dengan tiga ahli keluarga lain berada di dalamnya, termasuk bayi tersebut sedang tidur di tempat duduk belakang.

 

Remaja itu memandu kenderaan tersebut hampir 30 kilometer dari Dungun menghala ke Kuantan. Beliau kemudian telah merempuh sebuah Proton Waja sebelum melanggar lori muatan tanah dari arah sama di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabur dekat Ladang Gajah Mati menyebabkan bayi itu tercampak.

Bayi malang tersebut dikenali sebagai, Muhammad Asyraf Ikhwan Pirhat.

Suspek yang tidak mengalami kecederaan, keluar dari kereta itu dan kemudian menahan pula Perodua Myvi dari arah bertentangan yang dinaiki enam sekeluarga.


Remaja itu kemudiannya berpura-pura meminta bantuan menyelamatkan bayi itu yang kononnya anaknya. Namun apabila pemandu Perodua Myvi dan bapanya keluar untuk memberi bantuan, suspek melarikan kereta itu, membawa bersama empat penumpang di dalamnya termasuk dua kanak-kanak.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang mengesahkan kejadian itu berkata, akibat kemalangan tersebut bayi itu tercampak dan terjatuh di atas jalan manakala bapanya cedera serta retak di bahagian bahu manakala ibunya cedera di muka dan retak tulang rusuk.


Remaja itu berjaya diberkas oleh polis di Bukit Rakit, Kuala Terengganu, ketika dia memandu Perodua Myvi dengan keempat-empat penumpang masih di dalamnya, kira-kira 120 kilometer dari lokasi kemangan, pukul 7.30 malam tadi.







By: Wansite
Kredit-utusan.com.my
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar