RESEPI AYAM MADU PEDAS
Visit: Wansite
Bahan untuk ayam goreng:
-10 ketul ayam
-Garam (secukupnya)
-Serbuk kunyit (secukupnya)
Bahan kisar kasar:
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-1 hiris halia (saiz ibu jari)
-4 biji cili besar merah & hijau
-4 biji cili padi merah & hijau
Bahan tumis & perasa:
-3 sudu besar sos cili
-1 sudu besar sos ikan
-Sedikit kicap manis (untuk warna)
-Madu (ikut tahap kemanisan yang diingini)
-Daun limau purut
-1 batang lobak merah (dihiris)
-Garam dan serbuk -perasa (secukup rasa)
-Air sedikit (untuk berkuah)
-Cili besar hiris (untuk akhir masakan)
Cara memasak:
-Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sekejap sahaja supaya ayam tidak keras.
-Kisar kasar bahan-bahan: bawang merah, bawang putih, halia, cili besar dan cili padi.
-Buang sedikit minyak goreng ayam tadi, kemudian tumis bahan kisar kasar sehingga naik bau dan pecah minyak.
-Masukkan sos cili, sos ikan dan sedikit kicap manis. Gaul sebati.
Tambahkan madu mengikut citarasa manis yang anda inginkan.
-Tuangkan sedikit air supaya ada kuah.
-Masukkan daun limau purut dan lobak merah. -Gaul dan biarkan wangi.
-Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
-Bila kuah cukup rasa, masukkan ayam goreng.
-Gaul rata dan tambah cili besar hiris.
-Reneh 1–2 minit, kemudian tutup api.
Siap untuk dihidangkan!
Selamat mencuba
resepi bonda
Visit: Wansite

