Cara mohon rumah PPR kaedah sewa
Syarat Permohonan PPR
-Mestilah Warganegara Malaysia
-Umur 18 tahun ke atas
-Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan sekeluarga termasuk pendapatan pasangan
-Belum memiliki rumah
-Menepati syarat tambahan yang ditetapkan Kerajaan Negeri
Rumah PPR ni dilengkapi 3 Bilik tidur, 2 Bilik Air, ruang tamu dan ruang dapur.
Cara Mohon Rumah PPR
Layari Portal Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) - Klik Sini
1. Klik butang Daftar
2. Isikan nama, no kad pengenalan dan emel lalu klik butang Daftar. Notifikasi ‘Sila semak emel anda’ akan dipaparkan.
3. Semak emel yang telah didaftarkan dan klik pautan yang diberikan untuk aktifkan akaun pengguna
4. Cipta kata laluan baru dan klik butang Simpan
5. Log Masuk Pemohon dengan isikan No Kad Pengenalan dan klik butang Log Masuk
6. Tiba di ‘Dashboard’ SPRN, klik pautan PILIH SKIM
7. Baca syarat kelayakan untuk setiap skim dan pilik projek yang dibuka untuk permohonan dengan klik buang Pilih Skim PPR DISEWA
8. kuti arahan selanjutnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan sehingga selesai proses pendaftaran.
Setelah lengkap permohonan, boleh kemaskini permohonan dengan klik butang Kemaskini Permohonan
Kalau nak tengok dulu senarai Projek PPR yang ada baru mohon pun boleh. Layari saja Portal Teduh dan pilih skim PPR Disewa dan Negeri lalu klik butang Cari.
Jangan lupa share artikel ni untuk orang lain agar dapat bantu mereka yang di dalam kesusahan. Tolong menolong kan amalan mulia!
Visit: Wansite


.png)