Niat Puasa Ganti Ramadhan
Visit: Wansite
Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala
Aku niat puasa esok hari karena mengganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala.
Menunaikan Puasa ganti/qada' dibolehkan sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang namun sebaik-sebaiknya adalah menyegerakan kerana kita tidak pernah tau baki umur kita sampai bila.
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan adalah selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walau bagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah, contohnya seperti di hari raya.
Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah
Semoga bermanfaat
Sumber : Kisah Zakat Malaysia
Visit: Wansite
