PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluargaTelur boleh ditetaskan untuk pembiakanAndai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahunBoleh dipelihara secara bebas pada waktu siangSisa makanan rumah boleh diberikan tanpa hadIbu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukatgunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/daganganMakanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)Makanan Campuran atau Sisa MakananLebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapaDedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledekIkan baja dan lain-lain
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakitBeri makanan bermutu dan minuman secukupnyaPastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakitBoleh dilepaskan pada siang hariMakanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberiSediakan sarang bertelurElakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betinaDipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelurTempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguanKebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
WarisanPemakananPengurusanPersekitaranJangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersihAnak ayam bebas dari penyakitJauh dari ternakan dan haiwan lainPelawat perlu dikawalPencegahan adalah lebih baik dari rawatanSemua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakitAyam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makanMonyok dan tidak aktifPucat, bersin, keluar hingus dari hidungMuka bengkakBerak cair atau berdarahGangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)Penyakit Gumboro (IBD)PuruSalmonellosisPasteurellosisLain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
Visit: Wansite
Kredit