-->

Ketahui bahaya simpan dompet di poket belakang seluar

Ketahui bahaya simpan dompet di poket belakang seluar

Ketahui bahaya simpan dompet di poket belakang seluar -kecenderungan lelaki yang lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.

Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.

Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.

“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.

Dompet akan menekan saraf-saraf tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.

Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki


Visit: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar