-->

Untung jangka panjang jom simpan dalam ASNB

Untung jangka panjang jom simpan dalam ASNB-skim ini ditawarkan oleh bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB bank, RHB bank dan juga Affin bank. Skim ini sebenarnya merupakan salah satu skim selain daripada beberapa skim berbentuk pinjaman yang memberi pulangan dalam jangka masa panjang. Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini telah dilancarkan sejak 2 Januari 1990 lagi khas untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja sebagai salah satu cara simpanan alternatif untuk mereka.
Untung jangka panjang jom simpan dalam ASNB

Objektif ASB

Objektif utama skim ini adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Siapakah yang layak melabur di dalam ASB?
Pelabur yang bijak memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat daripada pertumbuhan jangka panjang amatlah disarankan untuk menyertai skim ini. Dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sudah layak untuk mendaftar akaun sendiri, manakala bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah, ibu bapa atau penjaga sah yang akan membuat pelaburan bagi pihak mereka.

Kelebihan Skim ASB

Pelaburan yang dibuat tidak melibatkan perubahan nilai unit yang dibeli iaitu RM1 seunit walaupun berlakunya kegawatan ekonomi.
Pelabur boleh melakukan sebarang urusan penambahan dan penjualan unit di beberapa agen yang dilantik seperti Maybank, CIMB bank, RHB bank dan pejabat pos Malaysia.
ASB mempunyai tahap kecairan yang tinggi di mana ianya boleh dijual pada bila-bila masa tanpa sebarang masalah.
Dengan adanya perkhidmatan online banking, kini urusan pelabur lebih mudah apabila mereka boleh menambah pembelian unit saham mereka pada bila-bila masa sahaja.
Jumlah maksimum unit sebanyak 200,000 unit bagi setiap pelabur mampu memberikan keuntungan kepada pelabur untuk jangka masa yang panjang.
ASB memberi peluang kepada kanak-kanak sejak kecil lagi untuk mula melibatkan diri dalam dunia pelaburan.
ASB sangat sesuai untuk mereka yang sukar untuk membuat penyimpanan sendiri setiap bulan. Skim ini membolehkan mereka menyimpan secara konsisten untuk kebaikan di masa hadapan.
Memupuk sifat suka menabung di kalangan diri sendiri dan juga anak-anak kecil.
Bertindak sebagai salah satu pelaburan untuk hari tua.

Kelemahan Skim ASB

Kelemahan yang paling ketara adalah pelabur tidak dapat mengeluarkan duit sehingga tempoh pinjaman tamat. Sebagai contoh, jika pelabur membuat pinjaman sebanyak RM50,000 selama 25 tahun, pelabur itu hanya boleh mengeluarkan RM50,000 tersebut setelah selesai membayar balik pinjaman tersebut selepas 25 tahun.
Ianya mungkin tempoh yang agak lama bagi seorang pelabur yang mahukan keuntungan jangka masa pendek. Tetapi jika dilihat semula, pulangan jangka panjang yang diberikan amat lumayan selain ianya mampu mendidik diri untuk sabar dan menabung demi masa hadapan.

Di mana untuk membeli unit ASB?

Mudah sahaja. Unit ASB boleh dibeli daripada mana-mana agen yang diberi kuasa sama ada agen bank atau agen bukan bank. Agen bank yang bertanggungjawab adalah Maybank, RHB bank, CIMB bank dan juga Affin bank. Manakala, Pos Malaysia pula bertindak sebagai agen bukan bank yang berdaftar.
Pos Malaysia juga turut bekerjasama dengan beberapa bank untuk menawarkan Shared Banking Service (SBS) di kebanyakan rangkaian Pos Niaga. Malah, kini pelabur boleh menyemak status kelulusan permohonan dana ASB mereka melalui perkhidmatan kiosk dalam Pos Niaga di seluruh Malaysia.

Bagaimana hendak merancang pelaburan ASB?

1.Melalui pinjaman ASB
Kelebihan;
Prinsipal amaunnya lebih besar menjanjikan pulangan dividen yang lebih besar.
Lebih berdisplin kerana bayaran bulanan perlu dijelaskan setiap bulan kepada bank.
Pinjaman anda dijamin insurans.
Kelemahan;
Bank mengambil sebahagian keuntungan daripada pelaburan anda.
Future value pinjaman anda tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
2.Melalui simpanan sendiri
Kelebihan;
Future value yang lebih besar.
Tidak dikenakan caj oleh pihak bank.
Kelemahan;
Kemungkinan berlakunya masalah disiplin untuk menyimpan sendiri wang untuk pelaburan setiap bulan.

Artikel
Terkini
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar