Ketahui sifat wanita yang lelaki suka-antaranya adalah :

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib 
yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang 
wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman 
pada dirinya yang memancar keluar dengan indah.
------------------
BACA JUGA : Cara Paling Cepat nak Kurus...

Berkesan Buang Lemak Degil & Berat Badan Turun cepat
Berkesan Sepantas 7 Hari sesuai untuk wanita & Lelaki
KETAHUI LEBIH LANJUT KLIK >> SINI <<
------------------
Artikel
Visit: Wansite
Kredit

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya 
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah kamu. 
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan
 hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima 
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih 
waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya 
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus
 mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan- bukan sebaliknya 
cuba mengerti segala persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza 
dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka 
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan
 dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa 
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik 
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,
 pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang
 terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan 
secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki lain juga
 menyukainya.Dan pasti memakai pakaian menutup aurat. Lelaki mane mahu 
berikan tubuh badan orang yang di sayangi itu mejadi tatapan umum.
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
 berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
 kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan 
sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan 
pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta 
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. 
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka 
serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan DiriWanita yang pandai bergaul dan 
menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut 
tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang 
yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita 
tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak 
ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai 
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang 
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan
 buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu 
apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia 
tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki 
memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
------------------
BACA JUGA : Cara Paling Cepat nak Kurus...


Berkesan Sepantas 7 Hari sesuai untuk wanita & Lelaki
KETAHUI LEBIH LANJUT KLIK >> SINI <<
------------------
Artikel
Kredit