-->

Ketahui tips hendak beli dalam online

Ketahui tips hendak beli dalam online- 

Ketahui tips hendak beli dalam online

Tips beli-belah dalam talian:

#
Komputer peribadi (PC) atau komputer riba mestilah dilindungi. Sebelum memasuki talian, pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan Internet yang dikemas kini untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman.


 

Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli-belah. Disebabkan membeli-belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dulu sebelum membeli.

# Ada baiknya anda menyemak latar belakang organisasi atau syarikat yang menjual produk dihajati. Anda boleh mengesahkan alamat perniagaan mahupun nombor lesen perniagaan dari Pendaftar Perniagaan (ROC) bagi mengesahkan ketulenan aktiviti perniagaan itu.

# Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat itu.

#
Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.

# Jika membeli dari laman web asing atau syarikat luar negara, elok difikirkan soal kos dan nilai barangan mengikut mata wang tempatan. Ambil kira jumlah kos yang perlu ditanggung dalam proses penghantaran barangan terbabit ke rumah anda.

# Perhatikan juga terma dan syarat pembelian sama ada anda boleh memulangkan barang jika tidak berpuas hati atau produk berbeza dihantar ke rumah anda.

# Bayar gunakan kad kredit. Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli di dalam talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat untuk melakukan trasaksi di laman web kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat.

# Cetak resit atau helaian pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian! Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.

# Jangan lupa untuk menyimpan semua rekod, resit atau bukti pembelian anda. Semak dengan syarikat kad kredit atau bank bagi setiap transaksi yang dilakukan. 


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar