-->

Ketahui bagaimana untuk lihat hujan meteor di malaysia

Ketahui bagaimana untuk lihat hujan meteor di malaysia-fenomena empat planet sejajar di langit, pemerhati ruang angkasa juga dihidangkan pemandangan yang menakjubkan dengan hujan meteor. Fenomena pancuran hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia malam ini (Isnin  12 Ogos 2013) sehingga Subuh esok (Selasa 13 Ogos 2013).

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mhd Fairos Asillam, berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
Pancuran meteor atau hujan meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
Hujan meteor Perseid mencapai kemuncaknya malam ini dan dianggarkan akan menyebarkan dedebu sebanyak 50 hingga 80 meteor per jam dan puratanya, satu hingga dua meteor per minit.

 Ketahui bagaimana untuk lihat hujan meteor di malaysia 

Para ahli astronomi memberi nama Perseid kerana hujan meteor ini muncul dari arah buruj Perseus. walaupun sebenarnya meteor ini boleh juga berlaku di mana-mana bahagian langit.
Pancuran (hujan) meteor Perseid berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Gugusan komet Swift-Tuttles juga mengambil tempoh 133 tahun untuk mengelilingi matahari dan melintasi bumi.
Walaupun begitu, sisa debu komet yang melintas dekat bumi pada tahun 1993 masih boleh dilihat di bumi setiap tahun. NASA menganggarkan hujan meteor boleh berlaku setiap minit pada masa kemuncaknya dan merupakan salah satu pemandangan paling ditunggu-tunggu oleh para ahli astronomi.
Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ﴿٣

“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;  Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”
(Surah Al-Buruj 85: Ayat 1-3)

Di Malaysia, buruj Perseus tetap dapat dilihat jelas kerana berada di ketinggian serendah 35 darjah. Orang ramai boleh melihat fenomena ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur laut serta tidak terhalang oleh sebarang objek.
Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. Antum tidak perlu menggunakan sebarang peralatan teleskop dan antum boleh mengarahkan pandangan ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh. 

Meteor PerseidKetahui bagaimana untuk lihat hujan meteor di malaysia
.
Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:

1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.

2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.

3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.

4. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut.

5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar