-->

Barangan Malaysia di baikot oleh artis china

Barangan Malaysia di baikot oleh artis china-akaun Sina Weibo milik aktor Chen Kan berstatus mengajak orang ramai memboikot produk dan pelancongan Malaysia.


Barangan Malaysia di baikot oleh artis china 

Selepas selebriti dan netizen di China mengkritik dan menyalahkan pegawai-pegawai Malaysia berhubung pengendalian tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam laman sosial, seorang pelajar wanita China yang melanjutkan pengajian di negara ini, menyuarakan rasa kecewanya dengan tindakan itu.

Zhang Miao, 26, yang melanjutkan pengajian doktor falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya (UM) berkata Malaysia tidak harus dipersalahkan berdasarkan maklumat tidak tepat.

"Sesetengah selebriti dan rakyat China memprovokasi pihak berkuasa Malaysia dan menyarankan memboikot produk Malaysia dalam laman sosial media.

"Secara peribadi, saya rasa Malaysia tidak harus dipersalahkan," katanya dalam temu bual khas dengan Bernama di sini, hari ini.

Selebriti dan netizen China telah membuat saranan dan catatan supaya memulau produk dan pelancongan Malaysia menerusi platform sosial media, Sina Weibo dan Wechat.

Selain itu, sebahagian netizen telah menulis komen yang mengandungi kutukan dan penghinaan dalam laman sesawang Sina Weibo milik penyanyi popular Cina dari Malaysia termasuk Fish Leong dan Victor Wong, lapor South China Morning Post.

Zhang Miao, yang kagum dengan keunikan dan budaya pelbagai kaum negara ini, berkata beliau mahu terus tinggal di Malaysia yang dianggapnya sebagai 'rumah keduanya'. 

"Saya rasa Malaysia sentiasa unik dengan pelbagai budaya yangdikongsi oleh orang Melayu, Cina dan India. Saya tidak rasa berjauhan dari keluarga," katanya yang merupakan pemegang biasiswa UM.

Ditanya mengenai perasaan keluarganya selepas tragedi itu, Zhang Miao berkatapada mulanya, keluarga beliau bimbangkan keselamatannya tetapi selepas menjelaskan keadaan sebenar, mereka kembali tenang.

Menetap di Malaysia sejak 2008, Zhang Miao kini boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas dan amat meminati makanan tempatan seperti kuey teow, roti canai, teh tarik, laksa dan kari.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). - Bernama
 
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Sumber
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar