Terkejut surirumah di rantau panjang kena saman di johor bharu-adakah ini kesilapan teknikal dimana
Artikel
Visit: Wansite
seorang suri rumah disaman kerana memandu melebihi had
laju di KM 18.7 Jalan Senai, Johor Bahru pada 2 Februari lalu.
Namun yang menjadi persoalan, surat saman diterima Arinee Hama, 38,
menunjukkan jenis kereta terbabit ialah Volvo, sedangkan dia memandu
Daihatsu Charade, walaupun nombor pendaftaran kedua-duanya sama, BCP
4909.
Arinee berkata, pada tarikh kejadian itu, dia berada di Golok sejak sebulan lalu.
"Justeru, kenapa pula saya yang disaman. Saya hanya mengetahui kejadian
ini selepas dimaklumkan ibu mentua kerana surat saman dihantar
menggunakan alamat di Rantau Panjang.
"Saya risau jika pemilik kereta Volvo tersebut menggunakan nombor
pendaftaran palsu, seterusnya melakukan jenayah dan sebagainya, jadi
saya mohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.
Menurutnya, ia adalah kejadian pertama sejak dia membeli kereta tersebut pada 2009.
Sementara itu suaminya, Isma Airfath Hassamuddin turut memohon pihak
polis menyiasat kejadian itu kerana menyebabkan emosi isterinya
terganggu.
Isma yang juga dikenali sebagai Koseng Kombi berharap, isterinya dapat dilepaskan daripada tindakan saman tersebut.
"Bagi mencari keadilan, saya dan isteri telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini," katanya.