Penerangan Lisdawati dengan Sharnaaz-Insiden ini mula mendapat perhatian apabila Lisdawati mendedahkan kepada
pihak media mendakwa dia telah diserang oleh Sharnaaz ketika di lokasi
penggambaran drama bersiri lakonan mereka, Bukan Kerana Aku Tak Cinta
(BKATC) di Kuang, Sungai Buloh pada 19 Februari lalu.
Artikel
Visit: Wansite
Kredit
Fauzi, Lisdawati Dakwa Diugut & Dimaki Sharnaaz
”Tuduhan Lisdawati, Suami Mengarut” – Sharnaaz Jawab Balik
Fauzi Nawawi Pesan Supaya Sharnaaz Tidak Ego
Fauzi Nawawi Enggan Minta Maaf
Video: Sharnaaz Sudah ‘Hangin’ Satu Badan!
Rasa Tercabar, Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak!
Selang dua hari kemudian, Lisdawati turut mendakwa pelakon utama BKATC
itu membuat cubaan menyerangnya ketika dia baharu sahaja sampai ke
lokasi penggambaran namun dia bernasib baik kerana masih belum keluar
dari kereta ketika itu.
Berikutan insiden itu, Lisdawati dan Fauzi telah membuat laporan polis
di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selain Fauzi mendakwa menerima
khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada aktor kelahiran
Pulau Mutiara itu.
Pada mulanya, Sharnaaz tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu,
namun selepas melihat pelbagai pendedahan berkaitan isu itu oleh
Lisdawati dan Fauzi, Sharnaaz terus menjelaskan secara terperinci
bagaimana kekecohan tersebut boleh berlaku.
Menerusi video yang direkodkan Harian Metro, Sharnaaz menjelaskan dia
membuat kesilapan kerana telah menengking Lisdawati namun dia mengatakan
tindakannya itu adalah bersebab.
Ini kerana, Sharnaaz mengatakan dia telah dikutuk dengan pelbagai kata
kurang enak oleh Lisdawati malah rakan-rakan pelakon BKATC dan krew
produksi turut menyaksikan perkara tersebut.
Perkataan yang digunakan Sharnaaz ketika menengking aktres itu adalah,
“diamlah kakak” selepas dirinya dihina dengan pelbagai kata kurang elok
oleh Lisdawati, sebelum itu.
Namun, tidak semena-mena, Sharnaaz menerima khidmat pesanan ringkas
(SMS) dari Fauzi yang agak kasar apabila melibatkan mak Sharnaaz dalam
perkara tersebut selain mengelarnya sebagai ‘anjing kurap’.
Bertitik tolak dari situ, Sharnaaz telah mengambil keputusan untuk
menyaman malu Lisdawati dan suami, sekiranya mereka tidak meminta maaf
kepadanya dalam tempoh seminggu yang diberikan.
Menjawab respons tersebut, Fauzi pula tampil memberikan kenyataan kepada
media, bahawa dia tidak akan meminta maaf malah turut menyarankan
Sharnaaz melakukan pemeriksaan kesihatan otak kerana dibimbangi
menghidap penyakit mental.
Tercabar dengan perkara itu, Sharnaaz hari ini tampil mendedahkan
gambarnya yang baharu sahaja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan
otak (MRI) di sebuah pusat perubatan.
Nampaknya, adakah perkara ini akan semakin berpanjangan atau pun akan ada juga pihak yang mengalah nanti?
Atau apa pula kenyataan yang bakal keluar dari mulut mereka bertiga berhubung isu ini?
Untuk makluman anda, Lisdawati dan Fauzi dijadualkan bakal menjalani ibadah umrah bermula pada esok hari.
Kalau mereka masih belum membuat permohonan maaf adakah Sharnaaz akan terus dengan keputusannya untuk menyaman pasangan ini?
Kredit