-->

Pelajar kolej ditemui mati di gunung Bubu

Pelajar kolej ditemui mati di gunung Bubu- 

Pelajar kolej ditemui mati di gunung Bubu

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Ahmad Rabawi Abdul Jalil berkata mayat Adam Asraf Azman dan Muhammad Amir Asyraff Baharuddin ditemui pada pukul 3.20 petang.
Beliau berkata mayat kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu ditemui di dalam Sungai Gading, kira-kira 13 kilometer dari kaki gunung berkenaan.

"Punca kematian masih belum diketahui," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Katanya mayat Muhamad Amir Asyraff dibawa keluar dari kawasan berkenaan pada pukul 6 petang manakala mayat Adam dibawa turun 45 minit kemudian.

Mayat kedua-dua pelajar itu dibawa ke hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Dua lagi pelajar yang hilang Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri, kedua-duanya berusia 17 tahun, dijumpai pada pukul 9 pagi di persisiran Sungai Gading dalam keadaan letih dan lesu.

Keempat-empat pelajar itu merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru.

Operasi sejak dua hari lepas bersambung semula pada pukul 9 pagi ini membabitkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, polis, kumpulan SOS dan orang awam.

Kumpulan pelajar itu mula mendaki Gunung Bubu, yang mempunyai ketinggian 1,657 meter dari paras laut, pada pukul 3.30 petang Jumaat lepas dan menuruni gunung berkenaan pada petang Ahad.

Gunung Bubu, yang terkenal dalam kalangan pendaki tempatan, menyediakan Kem Sungai Gading dan Kem Batu Dinding, untuk bermalam. – 18 Mac, 2014.



Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar