-->

Jumpa tompok minyak dilaut dalam operasi pencarian kapal terbang mas yang hilang

Jumpa tompok minyak dilaut dalam operasi pencarian kapal terbang mas yang hilang-dua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datang daripada enjin pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan pihak berkuasa Vietnam, lapor sebuah akhbar negara itu.

Akhbar Tuoi Tre itu juga melaporkan tompokan minyak masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Sebelum itu akhbar yang sama melaporkan pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing itu terhempas di Laut China Selatan dalam kawasan perairan Malaysia.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik berkata pesawat itu dipercayai terhempas kira-kira 300 kilometer dari Pulau Tho Chu. Pulau itu terletak 102 ke barat daya resort peranginan Phu Quoc dekat kawasan perairan sempadan Malaysia dan Vietnam.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Dalam pada itu, Vietnam juga menyatakan kesediaan untuk menggerakkan misi mencari dan menyelamat sekiranya ada permintaan daripada kerajaan Malaysia.

"Oleh kerana pesawat itu hilang dalam kawasan perairan Malaysia, Vietnam tidak boleh menghantar pasukan penyelamatnya tanpa permintaan rasmi daripada Malaysia," kata Mejar Jeneral Pham Hoai Giang, pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat di Kementerian Pertahanan Vietnam dipetik oleh Tuoi Tre.


sumbert: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-vietnam-dakwa-jumpa-dua-tompokan-minyak-di-laut-31506?cp



Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!



Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar