Apakah tanda-tanda seseorang itu takut 
kepada Allah swt-.Semoga artikel ini memberi 
manfaat kepada semua.. In shaa Allah.. 
 
 
Visit: Wansite
1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, 
menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang 
yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan 
muzakarah ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka memandang 
makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak 
terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya 
daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada 
api pada hari Kiamat “.
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil 
haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram
 masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di 
bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati 
dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.
5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke
 tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan
 kepada Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT 
bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala 
Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa
( Takut kepada Allah SWT ).:
” Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air 
( Syurga ) “. Surah Al-Hijr : 45.
Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.
Artikel