-->

Penyu karah naik di Pantai Chenang Laut bachok


 Penyu karah naik di Pantai Chenang Laut bachok 

Penyu karah naik di Pantai Chenang Laut bachok-penemuan seekor penyu Karah atau Sisik seberat 15 kilogram (kg) di Pantai Chenang Laut petang kelmarin, menggemparkan penduduk Kampung Padang Nibong, Tawang di sini.
 

Remaja yang menemui penyu terbabit, Mohd Farid Ismail, 17, berkata dia terperanjat melihat hidupan itu mendarat di Pantai Chenang Laut, ketika sedang berkuda bersama rakannya di kawasan itu jam 4.30 petang kelmarin mohd Farid berkata, dia bersama kawannya cuba memindahkan penyu berkenaan ke laut, namun hidupan terbabit naik berenang semula ke pantai itu.

Bawa pulang ke rumah

“Berikutan usaha menolak penyu itu ke laut tidak berjaya, kami sepakat membawanya pulang ke rumah kerana bimbang keselamatan hidupan terancam itu.

“Kami sepakat menempatkan ia dalam bekas yang diisi dengan air laut sementara menanti diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.

Pengarah Perikanan Kelantan, Datuk Mohamad Mat Saman, menegaskan pendaratan penyu di Bachok bukan perkara luar biasa kerana hidupan itu sering mendarat di persisir pantai negeri ini.
“Dua jenis penyu yang sering mendarat di pantai Kelantan ialah spesies Karah dan Agar (penyu hijau). Penyu belimbing sudah lama tidak dikesan mendarat di sini.

“Semua spesies penyu itu dilindungi mengikut Akta Perikanan 1985 Kaedah-kaedah Perikanan (penyu dan telur-telur penyu) 1989.

“Sesiapa yang didapati menangkap, memiliki dan mendera penyu terbabit atau mengambil telurnya boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM500 bagi setiap kesalahan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, Jabatan Perikanan sudah mengambil penyu yang ditemui penduduk kampung terbabit sebelum dihantar ke Pusat Santuari Penyu di Rantau Abang untuk rawatan dan pemulihan.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar