-->

Pelakon termahal tahun 2013

Pelakon termahal tahun 2013-pelakon ashton Kutcher yang mengungguli tahun 2012 kini berada di tempat kedua dan ditewaskan Sofia Vergara dengan nilai pendapatan yang hampir dua kali ganda bayaran tahun sebelumnya. Hugh Laurie pula, yang dulunya berada di tempat kedua kini tidak tersenarai tahun ini kerana tamatnya siri "House".
Sementara itu, Patrick Dempsey, Ray Romano, Jon Cryer dan Tim Allen kekal dalam carta manakala bintang "Big Bang Theory" Jim Parson pula jatuh ke tangga ke 18. Begitu juga dengan Alec Baldwin di tangga ke 20 di belakang Cobie Smulders ("How I Met Your Mother"), bila mana sitkomnya, "30 Rock" menamatkan siarannya tahun lalu.

Senarai baru Forbes adalah seperti yang berikut:

Sofia Vergara

Pelakon termahal tahun 2013

Bintang "Modern Family" ini menduduki tangga kedua pada tahun lalu dengan jumlah bayaran sebanyak $AS19 juta (lebih kurang RM61.2 juta), tapi kini mengungguli carta dengan bayaran sebanyak $AS30 juta (RM96.7 juta).

Nilai tersebut bukan sahaja daripada sitkom popular yang dibintanginya tapi juga beberapa pengendorsan dari jenama hebat seperti Covergirl dan Pepsi.

Ashton Kutcher

Pelakon termahal tahun 2013

Kutcher mungkin berada di tempat pertama tahun lalu dengan bayaran $AS24 juta (RM77.3 juta) untuk lakonannya dalam sitkom "Two and a Half Men" menggantikan Charlie Sheen, menjadikan dia pelakon sitkom dengan bayaran termahal.

Tapi sekalipun jumlah tersebut tidak berubah, ia membolehkan Vergara menandinginya dengan kenaikan pendapatannya melalui penampilan dalam medium lain.

Jon Cryer

Pelakon termahal tahun 2013

Seorang lagi bintang asal "Two and a Half Men", Jon Cryer tidak perlu sebarang publisiti, tapi tetap berada di tempat ketiga dengan bayaran $AS21 juta (RM67.6 juta).

Mungkin bayaran untuk kesetiaannya atau bayaran untuk memastikan watak Alan Harper tidak meninggalkan anaknya Jake (Angus T. Jones) sendirian!

Ray Romano


Sekalipun dia berada di tangga yang lebih rendah tahun lalu, penyertaan Ray Romano dalam sitkom "Parenthood" dalam musim terbaru membolehkan dia menaiki carta ke tangga keempat dengan $AS16 juta (RM51.5 juta).

Namun begitu jumlah tersebut bukan hanya daripada "Parenthood", tapi juga daripada siaran semula sitkom "Everybody Loves Raymond".

Mark Harmon


Seperti mana siri televisyen lakonannya, "NCIS" yang masih bertahan sehingga kini, bintang utamanya Mark Harmon juga masih kekal menduduki carta Top 10 dengan bayaran sebanyak $AS15 juta (RM48.3 juta).

Neil Patrick Harris


Pelakon watak Barney Stinson dari siri "How I Met Your Mother" ini menerima bayaran sebanyak $AS15 juta (RM48.3 juta).

Nilai itu bukan sahaja didapatkan daripada sitkom tersebut, tapi melalui lakonan filem, pengendorsan dan tugas-tugas pengacaraan, termasuk sebagai pengacara utama Anugerah Emmy.

Patrick Dempsey

Pelakon termahal tahun 2013

"Grey’s Anatomy" sudah pun memasuki musim kesepuluh dan Dempsey yang melakonkan watak doktor kacak Derek Shepherd dibayar $AS13 juta (RM41.9 juta) untuk menawan hati para pengikut siri tersebut.

Selain itu Dempsey juga mengaut keuntungan daripada siri dokumentari tentang perlumbaan, "Racing Le Mans" yang diterbitkannya.

Tim Allen


Bekas bintang "Home Improvement" ini memasuki carta dengan kemunculan semula melalui sitkom "Last Man Standing".

Allen, yang dibayar $AS11 juta (RM35.4 juta) juga menerima bayaran melalui wataknya sebagai Buzz Lightyear francais "Toy Story".

Kaley Cuoco


Bintang berambut perang yang melakonkan watak si gadis popular Penny dalam sitkom "The Big Bang Theory" ini menaiki carta melalui pendapatannya sebanyak $AS11 juta (RM35.4 juta).

Jumlah tersebut bukan datang semata-mata daripada sitkomnya, tapi juga melalui filem-filem lakonannya dan siri iklan Toyota yang dibintanginya.

Mariska Hargitay


Anak kepada ikon seksi Jayne Mansfield ini masih setia menduduki carta di tangga kesepuluh dengan bayaran sebanyak $AS11 juta (RM35.4 juta), atas kesetiaannya melakonkan watak Detektif Olivia Benson dalam siri "Law & Order: Special Victim's Unit" selama 14 tahun.

Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar