-->

Lihat mayat mangsa kejadian bot panjang karam

Lihat mayat mangsa kejadian bot panjang karam- kejadian pada 1.40 petang itu, bot panjang yang dinaiki 27 penumpang itu karam selepas dipukul ombak.
Tujuh belas penumpang terselamat, tujuh masih hilang dengan tiga disahkan lemas.

Helmi berkata, bot yang dinaiki mereka tenggelam sebaik dimasuki air dan ketika itu bot sudah menghampiri muara Lassa.


Lihat mayat mangsa kejadian bot panjang karamMAYAT mangsa dibawa ke surau sebelum dibawa ke Hospital Daro. FOTO RADZI BUJANG

"Kejadian berlaku dengan pantas dan kami tidak sempat berbuat apa-apa, masing-masing cuba menyelamatkan diri.


"Saya sempat mendengar jeritan penumpang lain sebelum mereka hilang dari pandangan," katanya ketika ditemui.

Helmi berkata, rombongan itu dalam perjanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai.

Katanya, mereka memilih untuk menggunakan bot panjang kerana cuaca baik pada sebelah pagi.

"Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku. Saya bersyukur kerana terselamat tetapi bersedih atas kehilangan rakan lain yang masih belum diketahui nasib mereka," katanya.

Junai Sepot, 60, isteri kepada Riji Dalol, 60, seorang daripada mangsa yang masih hilang berkata, kali terakhir suaminya menghubunginya satu jam sebelum kejadian.

Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal.

"Dia berpesan supaya saya jaga diri baik-baik dan dia akan pulang sebaik majlis tamat. Sehingga kira-kira 6 petang, tiada khhbar mengenainya dan saya berharap dia masih hidup," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata 15 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, bot berkenaan dipercayai terbalik selepas dipukul gelombang besar berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro.

Ketika kejadian, bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saie.

"Bot panjang berkenaan adalah milik persendirian membawa penumpang dari Kampung Tekajong dan Kampung Saei di Pulau Bruit," katanya.


Mangsa hilang
1. Borhan Berdan
2. Riji Dalol
3. Mahdani Akim
4. Abu Bakar Mahli
5. Ta Hasim
6. Ebong
7. Nor Roslin

Mangsa lemas
1. Hamirah Morni, 51
2. Sekiah Kipli, 49
3. Melati Jerai, 51

Mangsa selamat
1. Anthony Bahari
2. Habibah Yunus
3. Naidi Saibi
4. Jusni Pandi
5. Raidah Pandi
6. Median Wasli
7. Aiman Sepawi
8. Suraidah Busnu
9. Melajim Akim
10. Jebat Busnu
11. Saamah Drahman
12. Ija Iteli
13. Marina Gusti
14. Slmah Rapli
15. Manja Wahi
16. Mah
17. Naibi Saibi


Kronologi Kejadian Bot Karam Daro

5 pagi:
Bertolak dari Kampung Tekajong.

7 pagi: Tiba di kampung Saai untuk menghadiri majlis perkahwinan.

12.45 tengah hari: Berangkat pulang ke Kampung Tekajong.

1.40 petang: Karam

3.35 petang: Tiga mayat ditemui


NAHAS BOT DI SARAWAK SEJAK 1973

27 Disember 1973 -
Kapal MV Pulau Kidjang yang juga kapal pengangkut penumpang dan kargo karam kerana cuaca buruk di muara Sungai Rejang dan mengorbankan 121 nyawa daripada 150 penumpang. Hanya 38 berjaya diselamatkan. Ia kejadian terburuk di Sarawak.

1979 - 12 penumpang lemas dalam kejadian bot karam di jeram Pelagus, Kapit.

Januari 1991 - 14 lemas wapabila bot yang mereka naiki karam di tempat jeram Pelagus Kapit.

8 Januari 1991 - 13 maut selepas dua bot ekspres berlanggar di Sungai Rejang.

Jun 1991 - 10 lemas apabila perahu yang mereka naiki karam di jeram Pelagus, Kapit.

Februari 1999 - Dua lemas di jeram Pelagus, Kapit.

April 1999 - 12 pelajar maut selepas bot laju yang dinaiki berlanggar dengan bot pengangkut balak di Sungai Saribas.

April 2005 - 16 maut selepas bot pukat tunda yang dinaiki dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa muatan pasir.

18 Oktober 2010 - 13 penumpang maut selepas bot ekspres yang mereka naiki berlanggar dengan tongkang balak di hulu Sungai Anap, Tatau.

28 Mei 2012 - Tiga penumpang maut manakala 213 penumpang lain selamat selepas bot ekspres Kawan Mas yang sarat dengan penumpang, karam di Giam Bungan, Belaga.


Artikel
Link Manfaat
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar