Sabah bersedia menggunakan sumber tenaga baru-sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) disaran menerokai dan mengaplikasikan
penggunaan tenaga baharu yang lebih efisien, murah dan senang
diselenggara serta mesra alam sebagai sumber tenaga tambahan bagi
membangunkan tenaga lestari yang mapan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, berkata kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama dan sokongan bagi mejayakan segala usaha penambahbaikan itu.
"Bagaimanapun, penggunaan sesuatu sumber tenaga baru harus mendapat persetujuan bersama antara kerajaan negeri dan persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan serta semua yang terlibat.
"Segala perancangan dan juga cadangan perlu dibincang bersama antara semua pihak untuk memastikan pelaksanaan sesuatu program atau projek berjalan lancar," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tenaga Lestari di 1Borneo Hypermall, dekat sini, hari ini.
Konvensyen dua hari bermula hari ini, anjuran bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Suruhanjaya Tenaga dan SESB.
Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf dan menghargai segala usaha kerajaan persekutuan dan SESB untuk meningkatkan daya mampu dan daya harap penjanaan, penghantaran dan pembahagian bekalan elektrik di seluruh pelusuk negeri ini.
Beliau berharap melalui persidangan itu, peserta mendapat kefahaman dan pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan tenaga lestari, dasar, hala tuju serta pelaksanaan dalam usaha untuk memacu pembangunan tenaga lestari yang mapan di negeri ini.
Program itu membincangkan hala tuju dasar, fokus dan potensi tenaga lestari di Malaysia selain isu berkaitan dasar boleh diperbaharui dan amalan kecekapan tenaga ke arah pembangunan lestari serta urus tadbir perniagaan yang lebih kos efektif dan berdaya saing.
Seramai 250 jemputan dari pelbagai kategori pengguna yang berkepentingan seperti hotel, pusat membeli-belah dan pengilang turut terbabit.
Turut hadir Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Artikel
Visit: Wansite
Bernama